Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #4

Saturday, December 10, 2011

Future plan

Being single, doesn't bother me much. Sebabnya saya memang berdikari dan tak bergantung kat orang lain. Ada karier sendiri, pandai cari duit dan makan sendiri. Kiranya boleh urus keseluruhan hidup saya, sendiri. Memanglah ada yang tak sempurna, tapi tak jadi isu besar pun.

Cuma hari tu, masa saya berborak dengan kawan-kawan rapat yang juga masih single, ada satu perkara yang membuatkan kami semua diskus secara serius. Memandangkan masing-masing dah bermula memegang title 3 series, perkara mengenai masa depan memang topik hangat. Dan satu perkara yang buat kami berfikir adalah jika sekiranya masing-masing tetap kekal single sampai ke tua, siapa yang akan menjaga kami nanti. Ye, waktu sekarang memang masing-masing mampu jaga diri sendiri. Masih punya daya, tenaga, dan wang. Tapi macam mana kalau umur tu panjang, let say masih hidup sampai ke 70 tahun. Dah bila nak memandu pun tak larat.nak mandi pun ketar lutut dan sebagainya. Tu belum kira kalau berpenyakit pulak. Sakit darah tinggi ke, apa ke kan.

Nak harap suami? Naaa celah mana nak muncul kalau single. Nak harap anak? Ada possibility boleh.maybe any of us will adopt a child. Tapi itu tiada jaminan. Fokus pada benda yang nyata, kami putuskan ye takde siapa nak jaga kami. Jadi, salah seorang dari kami cadangkan untuk tubuhkan rumah kebajikan kami sendiri. Tak besar, tak megah, cukup untuk cover kami je. Dan serta-merta cadangan tu dipersetujui semua.ehe.

Jadi, basic plan yang diputuskan daripada diskusi tu ialah kami akan beli sebidang tanah. Bina rumah tersebut yang idea dan konsepnya mestilah selesa untuk kami semua. But in case we can't find or buy a piece of land, we will find a suitable house for that purpose. Pastu upah seseorang untuk jadi manager rumah, dan manager akan uruskan untuk cari nurse dan urusan-urusan lain yang berkaitan. Nak cari manager yang dipercayai pun boleh bikin pening. Tapi takpe, itu fikir nanti.

Benda utama yang perlu ada untuk semua ni terjadi, adalah duit. A big fund actually. So as been agreed, all of us will spare money and later contribute equally for this matter. Yeah, simpan duit untuk masa depan. Menabung dari sekarang weols.

Well, eventho this is just a rough idea, I personally think it can be done. Apapun, ada plan lebih baik daripada takde pape kan kan kan...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, December 9, 2011

Psstt..rahsia tau!

Kita semua ni, mesti ada kawan. Kalau tak ramai, sorang dua pun mesti ada jugak. Janganlah ckp takde kawan langsung. Sedihlah pulak hidup macam tu kan.

Dalam berkawan, mmg banyak ragam dan perangai. Alah manusia memang hatinya lain-lain. Kalau jumpa yang perangai buruk dan menjatuhkan kita, buat apa tunggu lama-lama. Carilah kawan lain. Kawan yang membina, yang boleh bg sokongan positif. Kawan yang kita tau kalau kita susah, dia boleh diharap. Kuantiti tak penting, tapi kualiti. Tapi jgnlah kita pulak jadi kawan yang menyusahkan. Yang tu memang patut takde orang nak kawan dengan kamu.

Pasangan hidup pun boleh consider sebagai kawan. Yelah bermula pun sbg kawan rasanya. Takde orang tiba-tiba grab tangan ajak kawin. Eh ke ada ek? Macam gila je camtu. Tapi saya rasa, dah kawin pun kena ada kawan. Takut-takut ada sesuatu jadik, at least ada orang lain kita boleh harapkan untuk membantu. Ye sebab tu penting ada kawan yang bermutu. Bukan pasal nak amik kesempatan atau sebagai backup plan, tapi lebih kepada someone we can count on. Base line, nak ada kawan camtu, kita sendiri pun kena jadi org yang boleh diharap oleh kawan kita. Kalau asek2 nak harapkan kawan tapi kita ni sesen pun tak guna, bolehlah pegi terjun lombong.

Ok, dalam ramai-ramai (atau sikit) kawan kita ada, mesti ada sorang dua yang ada sebutir perangai dia yang buat kita annoying. Taknak kawan dgn dia, tak patut sebab dia mmg bagus sebagai kawan.cuma satu benda tu yang memang buat kita menyampah.

Macam saya, ada sorang kawan saya ni, memang ok.baik, jenis tak kisah, suka masak dan bawak gi ofis (hihi) dan lain-lain lagi. Tapi ada satu benda tu, bila dia buat mmg saya menyampah habis. Saya cukup tak suka bila dia bercerita pada saya sesuatu yang dia anggap rahsia.sebabnya dia akan berpesan 2,3 kali sebelum cerita yang perkara tu rahsia dan jangan bgtau orang lain. Ok fine, kalau takat tu je takpe. Tapi nanti bila dah habis cerita, pesan lagi 3,4 kali ckp ni rahsia dan jangan bgtau orang lain. Bila camtu saya rasa mcm dem, kalau tak percaya saya, buat apalah nak cerita weh. Dah jadi satu kerja pulak saya nak meyakinkan dia yang saya takkan bawa mulut. Aiyo, malas ok bila jadi camtu. As if dia tak kenal saya camne.

setakat hari ni, saya leh tahan lagi. Lagipun tu je kot perangai dia yang saya tak suka. Saya rasa menyampah masa tu je. Dah lepas tu rasa ok dah. Hehe. Lagipun berkawan kena tolak ansur. Kalau sikit-sikit nak terasa, susahlah. Lebih baik fokus dan ingat pada yang positif, daripada asek nak tengok yang negatif. Tetiba terasa mcm pembimbing rakan sebaya.hoho

After all, eventually you love people - friends or lovers - because of their flaws :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #3


Sunday, December 4, 2011

Agak-agaknya lah kan

Bila umur makin bertambah, pasti ada perubahan-perubahan yang berlaku seiring dengan peningkatan usia tersebut. Tak kisahla perubahan kecil atau besar, tapi mesti ada. Harap-harapnya perubahan itu menjurus kepada kebaikan lah kan.

Cara pemakaian juga kalau diperhatikan, ikut berubah dengan umur. Disesuaikan dengan umur semasa, agar tak nampak ekstrem atau pelik. Well, I'm saying from my point of view. Kalau nampak orang dah agak-agak senja tu, tapi masih pakai baju rock koyak-koyak jeans, yang tu rasanya perasaan tak kisah lebih menguasai diri.

Macam saya, dari dulu saya suka pakaian yang mudah dan tak meriah sangat. Tak mengikut fesyen dan pakai apa yang selesa. Cuma skrg ni, sejak menjak dah masuk 3 series, mula nak fikir pasal cara pemakaian ni. Ye bila dah mula berfikir, haruslah fikir masa depan.

I was thinking what should I wear when I'm 40's. Kena pakai macam elegant ke, takleh pakai tshirt dah ke. Ke nanti org pandang selebetnya dia ni, perasan masih muda la tu. Haha serius macam tak tau kan. Dahle dalam almari tu banyaknya tshirt je. Aiyo kena peruntukkan duit ni kalau nak kena beli baju-baju lain tu.ayayayaya konflik dalaman sungguh.

Kalau pakai je mcm skrg, boleh tak?..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #2

Tuesday, November 29, 2011

Mood gembira?

Have you ever waking up in the morning and suddenly there's a song playing in your head? Out of nowhere, it just there. Wild guess, I bet once in your lifetime this situation occured. Memang takde tanda-tanda nak dtg, tiba-tiba pop, ada lagu. Kalau pernah tgk Fairly Odd Parents, lagu tu main mcm dalam kepala Cosmo.hehe.

Benda ni jadi kat saya pagi tadi. Orang kata bila bangun pagi kena ceria, baru the rest of the day akan ceria sekali. Positif gitu. Jadi ada lagu tu, lagi tambah ceria kot kan.

Untuk situasi saya, I totally can understand if the song is common song. Maksud saya, kalau lagu yang dalam kepala saya ni, and it keeps repeating, adalah lagu yang biasa contoh macam lagu yang selalu saya nyanyi waktu mandi ke, atau waktu saya dalam kereta. Tapiii, pagi ni mmg lagu luar kebiasaan. Rasa pelik pun ada.

Boleh tak, waktu bangun pagi tadi, tiba-tiba lagu raya yang bermain dalam minda saya. Ye, lagu raya. Bukan raya krismas (sbb semalam masa keluar jalan2 kat mall dah mula pasang merry christmas song) tapi raya puasa. Haha sangat pelik ok. Apakah motip atau petanda tak tau. Tapi lagu tu ulang-ulang dalam kepala sampailah saya start enjin kereta gi ofis.amik masa lama gak sebab dari bangun tido sampai siap berpakaian kerja. Dan dalam banyak-banyak lagu raya, yang jadi pilihan minda luar sedar saya adalah lagu Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir. Hahaha sumpah peliklah.


Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda


Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama


Hamik boleh kan ingat lirik penuh.gila kentang minda luar sedar saya ni.hahaha

Motip lagu ni? 200% saya tak tau. Mood gembira sangatlah ni kot. Mateila.

Hewhewhew.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 25, 2011

I'm loving it!

Yeah, one of the reasons why I love to be at kampung :)

Thursday, November 24, 2011

Yang paling saya takut

Semalam saya ada mengusik seseorang. Saje-saje buat lawak. Taklah teruk pun, tak sangka jugak orang yang saya usik tu terkesan sgt dengan usikan saya. Niat nak bergurau je. Tak lebih dari tu. Maaf ya kamu. Tak terfikir pulak gurauan macam tu tak boleh. Kamu siap ckp dgn saya, gurauan saya tu boleh disamakan mcm Hitler buat lawak. Dapat bayang tak Hitler buat lawak? LOL

Perenggan kedua baru nak masuk tajuk. Hehe. Saya yakin semua orang di dunia ni ada perkara yang paling dia takut kalau perkara tersebut terjadi. Even kalau ada byk, tapi mesti ada satu yang paling paling dia takuti.

Macam saya, ada satu perkara ni memang akan buat saya takut dan seriau (seram + risau) yang amat bila difikirkan. Saya paling takut kalau-kalau saya hilang kawalan atas kewarasan saya. Ye, saya takut kalau saya hilang akal, tidak waras, mental atau bahasa mudah, jadi gila. sebabnya kalau-kalau saya jadi weng, mesti akan ada tindak tanduk saya yang entah apa-apa sebelum saya kurang waras tu. Maksud saya, sebelum jadi gila, rasanya ada pra-gila. Yelah skrg nak kawin pun dah ada pre-wed.eh tiba-tiba.

Let say I'm about to lose my mind, to be insane, I'm pretty sure before it happened, there's must be few incidents that I do which I can't explain why I did it. Sebagai contoh, bila kat tempat kerja, tiba-tiba saya rasa stress sgt dan menjerit sekuatnya, di mana selepas tu saya sendiri taktau kenapa saya mcm tu. Ataupun saya buat sesuatu yang tak disangka, macam peluk atau pukul ofismate saya, tp lepas tu mcm what the heck am I doing?? Takut lah mcm tu. Seriusly takut kalau tak boleh nak kawal diri sendiri. Mesti malu gila. Nak hadap kesan selepas pelakuan tidak sedar tu. Seriusly tak sanggup. Bayangkan pun dah buat saya nervous sangat, kalau jadi betul saya tak taulah macam mana.

Mesti hazab kan mcm tu. Bila dtg kewarasan tu balik, taktau macam mana nak deal dengan pelakuan ketika tak waras tu. Nak deal dengan diri sendiri, dengan orang lain lg. Dugaan sangat berat tu...

Atas ketakutan saya yg utama ni, saya selalu berdoa agar saya tidak hilang kewarasan saya, dan sentiasa dipelihara oleh-Nya...Amin..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia, Tahniah Skuad Harimau Muda

Kita menang!!

Haha, puas hati saya. Memang berbaloi tgk game sampai habis malam td. Kemenangan sangat bermakna. It was a great game indeed, eventho one of our own, si Fakri sucks all the time. Punya banyak peluang, tapi sia-siakan. Dahle pemalas, gopoh, lembik dan macam-macam lagi. Kalau baca twitter & facebook, most of them kutuk Fakri ni.ish, I personally think he is the luckiest dude alive, as people care less bout his poor performance eventually, and focusing on the winning we got. Emas untuk Malaysia bagi bola sepak. Hadiah bermakna untuk rakyat Malaysia :)

One silly mistake of our defense, membolehkan Indonesia score. Tapi gol oleh Asra memang cantik gila. Walaupun tegelincir, tapi boleh gol kan okeh. Fakri, you should learn from Asra. And the rest of our players, you guys are Malaysian heroes. Apex memang terbaik lah.tak kisahlah pasal personal life dia, as long as he is very dedicated national keeper. Dan gol Badrol masa penalti, memang legend. Rezeki Malaysia lah, dah kena tampan pun boleh bergolek lagi masuk gol. Yeah, we won this. Awesome!!

Congrats to team Harimau Muda. You really make us proud *kembang hidung*


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 17, 2011

Bila kau mula berkira

Nak dapat kerja yang kita betul-betul suka, memang susah. Nak ikut gaya dan cakap Steve Jobs, cari keje yg betul2 minat, ada jugak karang bil tak berbayar, kereta kena tarik, makan megi pun dah kira mewah, etc etc. maksud saya, most of us commit pd kerja yg boleh bagi duit, bagi makan. Totally suka atau tak, itu perkara lain.

Jadi bila bekerja tu, kita tend to sesuaikan diri ikut keadaan, ikut persekitaran. Tapi ada je yang jenis ikut kepala sendiri. Bangsa camtu ada dua jenis je. Satu, dia owner company tu. so ikut dia lah nak corak camne. Tp kalau once your company open to public, kena amik kira pendapat dan decision org lain. Jenis kedua, bukan owner, tp perasan mcm owner. Perasan dh cukup bagus, dan semua kena ikut rentak dia. Kalau mmg jawatan tinggi takpe gak. Ni kalau yg suam-suam kuku je, alahai nak menitik air mata tengok.

Macam saya, bila kat pejabat, bab kerja saya malas nak berkira. Eventho ada kerja-kerja tu sepatutnya orang lain kena buat, tp mana yang saya boleh tolong, sure saya akan tolong. Ni bkn up diri sendiri, tp siapa yang kenal saya, taulah saya mcm mana.

Nak dijadikan cerita, ada colleague saya ni, lelaki, gaya sikit lagi nak mcm bos, padahal jawatan sama dengan saya. Mungkin sebab dia masih muda, so lagak ketidakmatangan itu terlalu terserlah. Semua nak ikut pendapat sendiri. Siap selalu nak mention pasal kebagusan dia di tmpt lama. Well, yang tu saya boleh tahan lagi. Malas sgt nak layan. Cuma semalam bila mamat ni, mula berkira pasal kerja, hah yang tu memang takleh tahan dah. Simple je kot, cuma nak mintak arahkan technician do something, as i'm not around at the moment. Tapi jawapan dia mmg terbaek, " ini bukan kerja aku.so aku taknak buat ". Walaweh, lupa ye yang saya selalu je cover your ass. Takpe labu, saya ingat ayat tu sampai bila-bila. Nak sangat berkira kan, pasni hadap saya yang berkira pulak. Huh.

Nantikan pembalasan darikuuuuuu.....

Sunday, September 18, 2011

Lemau selemau-lemaunya

Bila dah bercuti selama setengah bulan, masuk ofis jadi perkara paling lemau. Malas gila nak buat apa2.hehe. Macam manalah perasaan orang yang bercuti bersalin 3 bulan tu ek? Mesti dah bukan lemau je. Tapi dah tahap tepu maksima.ayo.

Sempena tema lemau, update sikit jela.haha :p

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #1

Thursday, August 18, 2011

Betul betul kuasa di hujung jari

dua hari lepas, saya telah renew insurans kereta + road tax. walaupun tarikh tamat bulan 9 nanti, tapi takpelah buat awal. takdelah kelam kabut kalau buat last minute. well saya memang tak berapa nak paham orang yang suka buat benda last minute. mostly yg last minute ni bukan takde duit pun, ataupun tak sedar road tax tu nak mati dah. mungkin dah habit kot suka berlengah. ataupun buat dah hujung-hujung waktu tu lagi thrill eh?

anyway, seperti tahun-tahun lepas, saya memang beli insurans dari Etica. senang je nak buat sebab semuanya online. antara servis yang saya pernah guna from Etica ni adalah towing dan tukar bateri. semuanya mudah. time report bateri kong tu, the insurance personnel memang follow-up closely dengan saya. adik saya pernah tayar pancit, then call Etica. mekanik Etica datang dan tolong tukarkan tayar secara FOC. iye, free of charge ya. so reliable bagi saya. pengalaman claim eksiden tak pernah lagi. tapi berdasarkan apa yang saya bace dan dengar, the process is easy breezy.

untuk renew insurans secara online, saya pegi kat website maybank2u, dari situ boleh nampak pasal insurans etica ni. or else boleh pergi ke motortakaful.com. yang senangnya buat online ni, saya cuma perlu masukkan no. pendaftaran kereta dan IC, dan sistem akan check brp NCD saya. lepas tu proceed ikut step by step yang dipaparkan di skrin. saya gemar guna online ni sebab sistem dapat check berapa harga market kereta, sebab biasanya saya cuma insuredkan kereta ikut harga market je. lagi satu boleh pilih apa extra thing yang kita nak insurankan, macam windscreen ke, cover untuk riot atau flood ke, etc. dan yang lagi menarik, ada diskaun 10% dari total yang patut bayar. penjimatan itu penting ok. bagus bagus.

seterusnya, dah renew insurans, of course nak renew road tax. road tax pun saya renew online, thru MYEG. saya guna myeg sebab geran kereta saya masih bank pegang. servis myeg ni mmg antara urusniaga online terbaik yang pernah saya guna. road tax pun boleh dihantar right to our doorstep. tak kisahla kat umah atau office, as long as ada delivery address, mesti sampai punya. ETA untuk sampai bergantung pada kawasan. macam saya di Lembah Klang, masa penghantaran adalah dalam 2 hari bekerja. jadi kalau pas 2 hari tak dapat road tax jugak, boleh contact myeg. dan untuk rekod, road tax yang saya renew kali ni, cuma ambil masa stgh hari untuk myeg sampai. saya renew pagi, tgh hari dah ada orang hantar ke opis. cepat weh. senang teramat. iye memangla ada caj for internet transaction dan delivery, but those chargers tak sampai pun rm10. kos makan, pegi balik kerja pun ada orang lebih rm10 sehari kan. so tak terjejas kot untuk bayar caj tersebut yang hanya setahun sekali.

overall, memang saya puas hati dengan service online Etica dan MyEG. oh untuk siapa taktau, Etica Insurance ni under Maybank. saje lah fyi. mudah, pantas dan dipercayai. takyah bazir masa atau tenaga. saya bagi gred dua ibu jari. greattt!


p/s: fyi, selepas renew insurans kenderaan, kamu perlu renew road tax dalam masa seminggu *kalau tak silap*. kalau buat road tax lepas tempoh tersebut, kamu perlu activate insurans tersebut semula. jadi lecehla kan. jangan biarkan hidup anda diselubungi kesusahan.



Wednesday, August 17, 2011

Kenapa dan Mengapa

Kalaulah ada antara kawan-kawan kamu yang masih single, yang tak berdecit sedikit pun tentang status single beliau, adalah amat tidak patut kalau kamu tanya kepadanya, "weh,nape ko tak kawen lagi ek?". Apa kamu ingat kawan kamu tu ada jawapan ke kenapa jodoh dia tak kunjung tiba lagi. Super annoying la soalan cenggitu. Semua orang memang nak hepi, nak bahagia ada keluarga sendiri. Jadi single tu perasaan sunyi memang terasa sangat.lagi-lagi bila bukak fesbuk mostly friendlist update pasal hepinya dgn husband atau wife masing-masing.profile pic pun gambo peluk2.dan bila nak tido,pandang siling lagilah kosongnya rasa.tu belum lagi bila ada reunion kawan sekolah atau universiti.that is why soalan kenapa masih membujang, kenapa tak kahwin dan sebagainya 110% tak seharusnya ditanya.cubalah kalau berjumpa tu tanya benda-benda lain yang lebih berfaedah dan tak menyakitkan hati.nanti bila kawan kamu yang single tu taknak jumpa kamu dah, kamu purak-purak taktau pulak kenapa.ish ish.

Soal jodoh tu kan di luar kawalan manusia.kalau dah usaha-usaha, tapi masih tak bertemu jodoh, siapa kita nak persoalkan. Ataupun masih rasa tak ready dan tak jumpa yang sekufu, takkan kamu sebagai outsider nak persoalkan kan.being single is not bad.not bad at all.cuma rasa tak best tu bila dihujani soalan tentang kahwin and stuff. Tolong jgn jadik that kepohci makcik boleh? It's soooo 70's laaaa.

Sekian pesanan khidmat masyarakat.

Friday, August 5, 2011

Bola Gedik

antara banyak-banyak pc games yang saya pernah main, ada satu game ni yang memang saya suka sangat. tahap suka sampai leh main berjam-jam non stop. gila ketagih. saya mula terjebak dengan game ni masa saya study kat U dulu. dulu masa student, kan suka stay up konon nak study la, wat assignment la, apa la...padahal lebih kepada melepak sambil minum air teh O cicah biskut kepala lutut. dan entah macam mana ada sorang kawan ni, tunjukkan saya game ni. tengok sekali dia main, terus rasa terpikat menggigil tangan sebab tak sabar nak main jugak. dan seterusnya selalulah saya main game ni. siap buat pertandingan siapa kalah kena basuh jag air dan mug semua org. hehe. memula main bengap jugaklah, dapat markah sikit je. tak reti kata orang. then lelama pandai sikit, bolehlah setakat nak tepis 3, 4 orang kawan2 saya tu. hihi. cuma ada sorang je saya tak dapat nak kalahkan sebab dia memang pandai main. salute kat kawan tu.fuh.

nama game ni color linez / winlinez. cara main senang gila. susun 5 biji bola, then bola tu ilang so kita dapat markah. tricky part ialah nak susun bola tu lah. ingat senang nak susun bila dalam masa yang sama bola lain jugak timbul? tak semudah yang dilihat ok. kena main dulu, baru rasa dan paham apa perasaannya. anyway, kami suka panggil game ni sebagai
BOLA GEDIK. sebab bila klik kat bola tu, bola tu akan bouncing, macam tergedik-gediklah. hehe. seriusly mmg boleh layan game ni sampai tak tido malam. patut kena letak caution kat game ni...



inilah game bola gedik tu



ok seperti gambar tu, sebelah kanan saya adalah pretender (orang yg tengah main) dan sebelah kiri saya adalah the winner (highest score). well as being said, cara main game mmglah senang. cuma kena fikir lebih camne nak susun. susun tu tak kisah menegak atau melintang, asalkan sebaris 5 biji bola. ada paham?

akhir kata, selamat mencuba ya noks.

Thursday, July 21, 2011

Astro yang super best!

okey, disebabkan sebelum ni saya baca statement menteri menyatakan kerajaan tak benarkan Astro sewenang-wenangnya naikkan harga pakej mereka, saya pun dengan senang hatinya buat taktau je walaupun ramai kawan-kawan dah kecoh kat fesbuk bising pasal tup-tup astro naik harga. tapiiiii bila aritu saya dapat notification letter dari astro yang menyatakan pakej astro semasa saya naik harga sampai RM6.00, saya terus rasa angin sebelah badan. saya macam wth ni, menteri cakap tipu sampai macam ni ke? always talk talk talk, never walk the talk. tak bg naik harga pun astro buat derk je. huh.

em inilah masalahnya bila takde rival dalam bisnes. suka-suki naik harga. ada kementerian pun takleh nak kawal si astro ni. yang kena kesannya pengguna macam sayalah (again and again). jadi disebabkan saya macam menyampah dgn astro dan sebagai pengguna yang sebenarnya takde astro pun ok, tapi mengada nak masukkan astro sebab nak tengok Spongebob, Fairly OddParents, Phineas & Ferb, Glee, Bones, Law & Order, etc etc. kalaulah channel entertainment tu tak perlu subscribe family package, dah lama saya amik pakej yang saya nak je. oh, pakej sukan dah lama sy terminate, sejak naik harga yg dulu tu. sadis kan. anyway, sebagai tanda protes, saya berkira-kira untuk potong pakej ABO (channel 952 & 953) sebab movie dalam tu pun takdelah menarik sangat.

jadi, tadi saya telah call ke Astro General Line 1300-82-383. ok telefon ok cepat connected, dan pilihan untuk ckp dgn customer service tak berbelit-belit macam sistem digi. kejap je lepas tu talian saya disambungkan kepada customer service personnel.


Astro CS: "
Hello, selamat petang. Boleh saya bantu?".
Saya: " Iye selamat petang. saya memang perlu bantuan. Kalau saya nak potong pakej astro saya macam mana ya?"
Astro CS: " Oh itu senang saje maa. Boleh saya dapatkan no akaun astro?"
Saya: " ok. no akaun saya ******** "
Astro CS:" Ok. bagi saya buka akaun dulu. Tunggu sebentar..."

lalalalalalala (lagu astro bukak taktau nak tulis lirik balik)

Astro CS: " ok saya dah buka akaun ni. boleh bg saya no IC untuk verification purpose?"
Saya: " ok no IC saya ************ "
Astro CS: " baiklah. pakej mana yang cik nak potong ya?"
Saya: " saya nak terminate pakej ABO. tu je"
Astro CS: " ok takde masalah. sila tunggu sementara saya potong pakej tersebut"

lalalalalalala

seminit..
dua minit..
tiga minit..
........
........
........

Astro CS: " oh maaf cik. cik tak boleh nak potong pakej tersebut sebab akaun cik masih terikat dengan kontrak selama 24 bulan. tarikh akhir kontrak cik adalah Januari 2012.."

Saya garu kepala. takkan dah lama guna tak cukup-cukup 2 tahun lagi?? Ni nak perbodohkan saya ke? well well well, terus saya jawab:


Saya: " Takkan tak cukup 2 tahun lagi. saya rasa dah lama saya guna astro ni. cuba u check bila tarikh saya subscribe astro ni? " suara sedikit tegas hokay.
Astro CS: " ok kejap ya...kalau saya tgk kat akaun ini, tarikh cik mula daftar astro adalah pada bulan Mei 2008, dan kontrak cik adalah selama 24 bulan........" *time ni suara CS tu dah macam termalu sendiri*
Saya: " THEN??? tak cukup lagi ke 2 tahun sampai sekarang ni?" *garang sikit*
Astro CS: " oh maaf cik. baiklah saya potong pakej ABO cik skrg. sila tunggu sekejap ya sementara saya potong"

6 minit kemudian..


Astro CS: " Baik cik. sekarang pakej ABO telah dipotong dari keseluruhan pakej cik. Untuk tetapan baru ni, akan mengambil masa selama 48 jam untuk pihak kami update sistem. Dan sebagai makluman, kami akan caj cik sebanyak RM10 kerana menukar pakej sedia ada."
Saya: " whattt??? terminate pakej pun astro nak caj? amboi amboi amboi kayalah astro camni"
Astro CS: " err memang macam tu cik. memang dah ditetapkan..."
Saya: " oklah papelah. janji awak potong pakej tu. kalau bulan depan masih masuk bil, saya buat aduan"
Astro CS: " baik cik. terima kasih menghubungi astro "
Saya: " ok sama-sama. bai"


oh tak saya tak melodramatik jadi saya tak hempas telefon. see nampak tak astro ni sebenarnya suka-suki je buat sistem. dahtu tak berupdate. then suka-suki jugak nak cakap yg saya masih under so-called kontrak diorang tu. vodo nye. nasib baik saya ni jenis tak terima je apa dia cakap, suruh dia check dan takde Alzheimer. kalau tak senang-senang kena tipu dengan alasan kontrak awak tak cukup 24 bulan lagi yaaa. eiii what the fish betullah. pasal caj rm10 tu untuk apa pun taktau. setakat nak delete pakej dalam sistem pun kena bayar. sungguh sungguh hebatlah Astro ni. huh tertindasnya rasa arini T________T


Monday, June 27, 2011

hit and run. damn you!

sangat stress. parking elok-elok dalam parking lot pun kereta kena langgar jugak. sangat bodoh ok orang yang buat ni. memang tak aman lah hidup orang tu. totally sakai. dah langgar kereta orang, blah je kan? vavi bajingan betul.



STRESS SANGAT!!


tak pepasal kena kuar duit nak pegi repair. tak betulkan, karat pulak kereta nanti. huhuhuhu

jaga elok-elok pun,  tetap tak selamat dari sakai suka suki langgar kereta orang ni. vodo to the max.


STRESS sebab nak marah tapi taktau nak marah siapa.


:(


Sunday, June 12, 2011

Digi Prepaid sucks big time!

I'm using Digi Prepaid for my blackberry services. I'm currently subscribing the daily unlimited plan, which is rm2/day. The plan works fine with me before, but tonight it was hell. I'm browsing the same websites as I did for previous days.doing nothing else. Then while I'm playing pc games, suddenly there was sms from Digi came in. I checked the sms and I've been notified that "Your internet usage has reached RM8 today.bla bla bla..", and I was like WTH?!!!! Then I called to the customer service. First attempt, call failed. Second attempt, still failed. On third attempt, got through but have to wait up to 10 minutes just to get hold to customer service personnel. Really pisses me off.

After that, when I were finally been entertained by the cs, I asked to her why my credit was deducted RM8 when I'm already subscribing the unlimited daily plan for my blackberry. She answered by telling me that maybe I'm not using blackberry.net for browsing, but instead something else. This is tested me to the fullest. I'm certainly sure that I had set my browser to use the blackberry.net and not other else.

Also I'm asking her, why tonight this case is happened? Why the other days it were working fine? And as good cs she can be, she answered, " oh maybe it is because the web you are browsing. It doesn't matter what plan you are using, you still can be charge RM8 at any time". Motherf****r. What answer was that? I'm not doing any change. I was browsing the same pages, and now I've been charged extra? I'm asking her again about this, and she was like losing control when she answered me with this question, "What else you want me to tell you?". Dem you cs. Dem you Digi.

As a customer, I'm not happy with the answers given. As a Digi's customer service personnel, you should know what answers you are giving to customer. Please don't use the word maybe, then act like Digi's system is all perfect. Vodo to the max.

*stressed*



Monday, June 6, 2011

AAK - Ada Aku Kisah

Tadi pi kuar potong rambut.biasala, dah panjang ala-ala rimas ni,jadi nak bagi pendek sikit.kali terakhir potong rambut em 3 bulan lepas rasanya. Saya pi kedai biasa lah.senang,dah tau style dia potong rambut kan. Kedai ni well kedai biasa, bayar dulu baru potong. Saya pun kuarkan jumlah duit seperti biasa, RM15. Tiba-tiba amoi tukang gunting tu panggil saya, dan dia cakap," sekalang sulah anamblas linggit maaa.naik halega bulan ampat ooo". Ok, respon automatik saya,"amboi,cepatnya naik harga".ya, saya bersuara pada amoi tu. Tp yelah apakan daya,dah mmg nak potong rambut kat kedai tu kan.saya bayar jelaa...

Sepanjang rambut kena gunting, saya memikirkan laa kenapa nak kena naik harga.still orang yang sama potong rambut. Equipment yang sama.kerusi yang sama. Takde pun naik harga dan customer dapat air free secawan.saya amat pasti takde perubahan waima satu benda sekalipun. pastu saya pandang mesin-mesin sekeliling saya.oh ni mesti naik harga sebab tarif elektrik naik. Ok dah takmo pikir.eh eh jap, elektrik naik kan baru ni je. 1 jun ritu. Bil baru pun belum dapat lg. Jadi naik sebab apa? Sebab harga gula naik ke? Ke sebab RON97 naik? Potong rambut guna petrol ke skrg? Ayoyo sampai ke sudah tak dapat jawapan. Bila saya tanya amoi tu, dia jawap, "aiya ini harga naik selinggit saje.masih manyak mulah". Peh gaya jawab dah macam menteri beb.

Dan lepas sudah potong rambut, sebelum masuk kereta, saya akhirnya berjaya mendapat kesimpulan hasil pemikiran epik saya di kedai tersebut, iaitu konklusinya, naaa tak perlu sebab untuk sesiapa naikkan harga barang/servis yang dia jual/provide. Sebabnya tiada siapa kisah. Yang dapat beban cuma end customer macam saya.hai nasib badan. Pasni belaja potong rambut sendiri la kot.letak tupperware atas kepala, dan potong rambut yang selebihnya. Cun jugak kan. Hahahahaha *gelak sedih*




Thursday, June 2, 2011

Hari Kejadian

Yesterday was my birthday. berumur awal 30-an buat saya rasa agak down. Bukan rasa down sebab kedut atau gendut yang semakin bertambah.tapi down sebab umur yang bertambah, sedangkan diri saya ni tetap di tahap yang sama. Masih kurang berharta, masih di tahap miskin di ibu kota sedangkan kebanyakan sahabat seusia dah berada di tahap stabil dan selesa.emmm...

Tapi apapun, rasa bersyukur tu kena ada kan. Alhamdulillah saya masih bernafas dan masih meneruskan perjuangan hidup. Terima kasih atas segala nikmat dari-Nya. Semoga saya sentiasa dalam peliharaan rahmat-Nya.aminnn..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 26, 2011

ok the boy next door cliche

as predicted (by me), the American Idol 2011 winner is..........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
















... him. so LAME!



Friday, April 8, 2011

makin selalu nampak rasa makin pelik

ramai rakyat malaysia mmg punya kereta. even student pon, dah ada yg berkereta. guna yayasan pama ok apa, janji tak nyusahkan org lain yg bukan makpak kita.hehe. bila tetiap balik raya atau sambutan lain yang besar2, mesti penuh kereta kat highway. byk je saya nampak kereta yg driver sorang2 je, penemannya hanya baju yang tersangkut kat kereta. iye org bujang pon perlu kereta. nak harapkan public transport, macam haremmmmm.

dan disebabkan malaysia telah dibanjiri oleh kereta2 persendirian, seperti biasa sebagai pemerhati, saya perasan yang owner kereta ni punya kesukaan yang agak pelik kat mata hazel saya ni. antaranya:

  • Plastik cover seat masih ada
    - let say yang plate kereta tu bermula dgn WRU ****, dan saya lihat plastik cover seat tu masih ada sampai skrg, dimana dah dekat 3 tahun guna kereta tu. tak rasa pelik ke.suka ye dok atas plastik? taknak bg kotor seat? ke taknak bg org naik kereta awak? ish. masa saya dapat kereta, ptg dpt, sampai rumah terus koyak plastik tu. malu la weh nak bawak kereta masih berplastik kat dlm. macam poyo jek.

  • Expired road tax tak buang
    - ha yang ni jenis nak kumpul road tax tampal kan windscreen tu. ada saya tgk sampai naik penuh dah.katakan buat loan 9 tahun, jadi 9 road tax nak tampal kat cermin tu ke? tak rasa semak ke? nak kumpul buat apa sbnrnya.kenangan terindah ke? bukak road tax lama bukan susah pun. kalau yang melekat susah nak tanggal tu, bersihkan dgn windscreen washer tu. mudah je tanggal pastu. ish tak paham jugak yang ni.

  • Tampal terlalu byk sticker
    - what with the stickers? feel good all the time while driving eh? ada yang cermin bahagian blkg tu penuh dgn stickers. driver tu mesti jenis tak kisah kan nak tgk belakang. pastu bawak kereta ikut suka. pastu eksiden, nyusahkan orang. vodo.

  • Ada patung kecik kat bawah kereta
    - seriously, kenapaaaa????? apa faedah nya letak patung kecik tu. saya selalu nampak driver letak bear kecik, ikat kat bawah kereta bahagian belakang tu. wth. kecacatan mental ke?


  • Hias kereta secara over
    - letak bunga plastik, letak langsir, letak anak patung, letak macam2 lagi. faedah kepada pemandu atau penumpang? zero.


  • Letak nama
    - yeah yang ni, so fucked up. siap buat sticker, printed nama. tak kisahlah nama sendiri atau nama buah hati ke atau nama sesapa la, sgt tak sesuai la. igt macam tulis nama kat barang sendiri masa sekolah asrama ke? kalau letak nama tu, takde possibility kereta kena curi? kamonlah weh.

sesiapa tau apa penjelasan rasional sebalik perbuatan pelik ni, tolong bagitau sebab saya takleh nak pikir tujuan kesukaan owner kereta yang saya nampak ni.huhu. fenin fenin...

housekeeping

tgh gigih membuat housekeeping utk blog ni.takdelah perlu pun, tapi mungkin sbb konsep takde keje nak buat malam jumaat, dan takmo tido awal sebab esok sabtu, jadi buatlah camni. ha ok nak sambung menggoda..eh menggodek.hehe :p

Wednesday, February 9, 2011

ish janganla susah-payah

ok, kamu ada barang yang masih elok tapi tak gunakan dah dan letak kat tepi je? saya taknak tau kenapa kamu tak mahu gunakan barang yang masih elok itu, kerana sebab kamu tidak penting buat saya. cumanya saya nak kongsi bagaimana nak manfaatkan barang tersebut daripada terus terbiar tidak dapat perhatian dan memenuhkan ruang yang ada sambil mengumpul habuk dan menggalakkan pembiakan yang tidak diingini. cara memanfaatkan saya ini, adalah cara yang jika berjaya, boleh dapat duit. ye, siapa tak mau duit kan kan kan.

caranya adalah sangat super senang, iaitu dengan mengiklankan barang tersebut kat mudah dot com dot my. yeah jual barang lah kita. step step yang perlu dilakukan:
  1. bukak browser, taip mudah.com.my
  2. dah load webpage tu, pilih "click here to insert ad"
  3. then akan kuar page utk isi semua detail. tgk betul-betul dan isi betul-betul. kalau tak sure tang ayat iklan macam mana, leh tgk advertisement yang mmg dah ada. suaikan ikut selera dan keadaan.
  4. bila part utk letak gambar tu, letaklah gambar yang meyakinkan.
  5. pastu, bila ke next page, akan keluar preview iklan kita. kalau dah rasa cun, leh tekan publish. nanti admin mudah.com akan send satu link kat email kita, utk confirmkan yang ya kitalah yang isi iklan tu dan mahu ia disiarkan.
  6. kemudiannya, admin mudah.com.my akan menilai iklan kita tu mematuhi rules dorang tak utk disiarkan kat website tu, dan bila dah approved, bermulalah iklan tu terpampang selama 60 hari.
easy breezy kan kan kan. the best part is this service is free of charge. well ada jugak option yang berbayar kalau kita nak iklan kita ni menonjol sikit dari yg lain. tapi saya tak pernah lagi guna option yang kena bayar tu. setakat ni, barang-barang yang saya iklankan, mmg ada orang beli. jadi ni sikit tips utk bantu korang dapatkan buyer :
  • ayat iklan tu kena terang dan nyata. takyah kias2. kita bukan jual pantun
  • jual barang dengan jujur. maksudnya juallah barang yang mmg 100% elok lagi, yang mmg boleh guna. janganlah jual barang yg dah rosak, tapi claim dalam iklan lain. tak baik menipu
  • barang yang senang dijual adalah barangan elektrik, gadget dan keluarga komputer.
  • kalau barang tu masih ada warranty, nyatakan dalam iklan sebab tu lagi menarik perhatian
  • letak harga reasonable.
  • kalau iklan kita tiada org respon, mungkin ada silapnya. cuba edit iklan kita atau turunkan harga.
  • respon secepat mungkin kepada serious buyer yang berminat. rekod peribadi saya, saya dapat jual barang saya tu dalam masa 2 jam lepas diiklankan.
  • jangan jual benda bukan2 atau yang menyalahi agama atau undang-undang
dah menjual di internet ni, mmg ada pantang larang jugak. benda-benda yang korang perlu berhati-hati bila menjual:
  • most buyers selalunya nak cash on delivery, maksudnya nak jumpa kamu, tgk barang ok ke tak, then baru bayar. so please be extra careful. buyers are strangers. jangan jumpa tempat yang sunyi. pegi jumpa buyers berteman. jangan jumpa tengah2 malam, dan sebagainya. percayala pada gerak hati. kalau rasa ragu2 nak jumpa buyer tu, jangan jumpa.
  • pada yang menjual thru postage, hati-hati pada spam. jangan dedahkan maklumat akaun bank selagi tak pasti yang buyer tu mmg betul2 buyer.
hah, tu jela kot yang dapat dikongsi. pasni pi selongkar stor, tgk apa yang boleh kamu jual.hehe. selamat mencuba yeh.


Wednesday, February 2, 2011

kemelampauan melanda

hohoho, lamaaaaaa gila tak update.boleh jadikan update blog ni acara tahunan lah.hehehe

anyway, bagi sesiapa yang tertanya-tanya khabar saya (ada ke?), saya masih sihat dan walafiat. tiada kecacatan fizikal mahupun mental. kalau nak jadik askar mmg boleh, tapi rasanya tak lepas sebab tak cukup tinggi.haha.

ok, quick update. saya masih kerja ditempat yang sama.dah masuk tahun kedua di situ. mungkin ini kerja yg saya akan buat sampai ke-tua. mungkinlah mungkin. selain kerja, hal-hal peribadi saya semuanya baik bagus dan hebat. orgasma berganda.hihi.

dan hari ni saya masih dalam minggu bercuti. amik AL 2 hari, dapat cuti selama 8 hari. oh memang terbaek.

dah ni je setakat ni :)