Dalam berkawan, mmg banyak ragam dan perangai. Alah manusia memang hatinya lain-lain. Kalau jumpa yang perangai buruk dan menjatuhkan kita, buat apa tunggu lama-lama. Carilah kawan lain. Kawan yang membina, yang boleh bg sokongan positif. Kawan yang kita tau kalau kita susah, dia boleh diharap. Kuantiti tak penting, tapi kualiti. Tapi jgnlah kita pulak jadi kawan yang menyusahkan. Yang tu memang patut takde orang nak kawan dengan kamu.
Pasangan hidup pun boleh consider sebagai kawan. Yelah bermula pun sbg kawan rasanya. Takde orang tiba-tiba grab tangan ajak kawin. Eh ke ada ek? Macam gila je camtu. Tapi saya rasa, dah kawin pun kena ada kawan. Takut-takut ada sesuatu jadik, at least ada orang lain kita boleh harapkan untuk membantu. Ye sebab tu penting ada kawan yang bermutu. Bukan pasal nak amik kesempatan atau sebagai backup plan, tapi lebih kepada someone we can count on. Base line, nak ada kawan camtu, kita sendiri pun kena jadi org yang boleh diharap oleh kawan kita. Kalau asek2 nak harapkan kawan tapi kita ni sesen pun tak guna, bolehlah pegi terjun lombong.
Ok, dalam ramai-ramai (atau sikit) kawan kita ada, mesti ada sorang dua yang ada sebutir perangai dia yang buat kita annoying. Taknak kawan dgn dia, tak patut sebab dia mmg bagus sebagai kawan.cuma satu benda tu yang memang buat kita menyampah.
Macam saya, ada sorang kawan saya ni, memang ok.baik, jenis tak kisah, suka masak dan bawak gi ofis (hihi) dan lain-lain lagi. Tapi ada satu benda tu, bila dia buat mmg saya menyampah habis. Saya cukup tak suka bila dia bercerita pada saya sesuatu yang dia anggap rahsia.sebabnya dia akan berpesan 2,3 kali sebelum cerita yang perkara tu rahsia dan jangan bgtau orang lain. Ok fine, kalau takat tu je takpe. Tapi nanti bila dah habis cerita, pesan lagi 3,4 kali ckp ni rahsia dan jangan bgtau orang lain. Bila camtu saya rasa mcm dem, kalau tak percaya saya, buat apalah nak cerita weh. Dah jadi satu kerja pulak saya nak meyakinkan dia yang saya takkan bawa mulut. Aiyo, malas ok bila jadi camtu. As if dia tak kenal saya camne.
setakat hari ni, saya leh tahan lagi. Lagipun tu je kot perangai dia yang saya tak suka. Saya rasa menyampah masa tu je. Dah lepas tu rasa ok dah. Hehe. Lagipun berkawan kena tolak ansur. Kalau sikit-sikit nak terasa, susahlah. Lebih baik fokus dan ingat pada yang positif, daripada asek nak tengok yang negatif. Tetiba terasa mcm pembimbing rakan sebaya.hoho
After all, eventually you love people - friends or lovers - because of their flaws :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 comments:
Post a Comment