Saturday, December 10, 2011

Future plan

Being single, doesn't bother me much. Sebabnya saya memang berdikari dan tak bergantung kat orang lain. Ada karier sendiri, pandai cari duit dan makan sendiri. Kiranya boleh urus keseluruhan hidup saya, sendiri. Memanglah ada yang tak sempurna, tapi tak jadi isu besar pun.

Cuma hari tu, masa saya berborak dengan kawan-kawan rapat yang juga masih single, ada satu perkara yang membuatkan kami semua diskus secara serius. Memandangkan masing-masing dah bermula memegang title 3 series, perkara mengenai masa depan memang topik hangat. Dan satu perkara yang buat kami berfikir adalah jika sekiranya masing-masing tetap kekal single sampai ke tua, siapa yang akan menjaga kami nanti. Ye, waktu sekarang memang masing-masing mampu jaga diri sendiri. Masih punya daya, tenaga, dan wang. Tapi macam mana kalau umur tu panjang, let say masih hidup sampai ke 70 tahun. Dah bila nak memandu pun tak larat.nak mandi pun ketar lutut dan sebagainya. Tu belum kira kalau berpenyakit pulak. Sakit darah tinggi ke, apa ke kan.

Nak harap suami? Naaa celah mana nak muncul kalau single. Nak harap anak? Ada possibility boleh.maybe any of us will adopt a child. Tapi itu tiada jaminan. Fokus pada benda yang nyata, kami putuskan ye takde siapa nak jaga kami. Jadi, salah seorang dari kami cadangkan untuk tubuhkan rumah kebajikan kami sendiri. Tak besar, tak megah, cukup untuk cover kami je. Dan serta-merta cadangan tu dipersetujui semua.ehe.

Jadi, basic plan yang diputuskan daripada diskusi tu ialah kami akan beli sebidang tanah. Bina rumah tersebut yang idea dan konsepnya mestilah selesa untuk kami semua. But in case we can't find or buy a piece of land, we will find a suitable house for that purpose. Pastu upah seseorang untuk jadi manager rumah, dan manager akan uruskan untuk cari nurse dan urusan-urusan lain yang berkaitan. Nak cari manager yang dipercayai pun boleh bikin pening. Tapi takpe, itu fikir nanti.

Benda utama yang perlu ada untuk semua ni terjadi, adalah duit. A big fund actually. So as been agreed, all of us will spare money and later contribute equally for this matter. Yeah, simpan duit untuk masa depan. Menabung dari sekarang weols.

Well, eventho this is just a rough idea, I personally think it can be done. Apapun, ada plan lebih baik daripada takde pape kan kan kan...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: