Bila umur makin bertambah, pasti ada perubahan-perubahan yang berlaku seiring dengan peningkatan usia tersebut. Tak kisahla perubahan kecil atau besar, tapi mesti ada. Harap-harapnya perubahan itu menjurus kepada kebaikan lah kan.
Cara pemakaian juga kalau diperhatikan, ikut berubah dengan umur. Disesuaikan dengan umur semasa, agar tak nampak ekstrem atau pelik. Well, I'm saying from my point of view. Kalau nampak orang dah agak-agak senja tu, tapi masih pakai baju rock koyak-koyak jeans, yang tu rasanya perasaan tak kisah lebih menguasai diri.
Macam saya, dari dulu saya suka pakaian yang mudah dan tak meriah sangat. Tak mengikut fesyen dan pakai apa yang selesa. Cuma skrg ni, sejak menjak dah masuk 3 series, mula nak fikir pasal cara pemakaian ni. Ye bila dah mula berfikir, haruslah fikir masa depan.
I was thinking what should I wear when I'm 40's. Kena pakai macam elegant ke, takleh pakai tshirt dah ke. Ke nanti org pandang selebetnya dia ni, perasan masih muda la tu. Haha serius macam tak tau kan. Dahle dalam almari tu banyaknya tshirt je. Aiyo kena peruntukkan duit ni kalau nak kena beli baju-baju lain tu.ayayayaya konflik dalaman sungguh.
Kalau pakai je mcm skrg, boleh tak?..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kereta Mayat Kena saman?
1 day ago
0 comments:
Post a Comment