Benda ni jadi kat saya pagi tadi. Orang kata bila bangun pagi kena ceria, baru the rest of the day akan ceria sekali. Positif gitu. Jadi ada lagu tu, lagi tambah ceria kot kan.
Untuk situasi saya, I totally can understand if the song is common song. Maksud saya, kalau lagu yang dalam kepala saya ni, and it keeps repeating, adalah lagu yang biasa contoh macam lagu yang selalu saya nyanyi waktu mandi ke, atau waktu saya dalam kereta. Tapiii, pagi ni mmg lagu luar kebiasaan. Rasa pelik pun ada.
Boleh tak, waktu bangun pagi tadi, tiba-tiba lagu raya yang bermain dalam minda saya. Ye, lagu raya. Bukan raya krismas (sbb semalam masa keluar jalan2 kat mall dah mula pasang merry christmas song) tapi raya puasa. Haha sangat pelik ok. Apakah motip atau petanda tak tau. Tapi lagu tu ulang-ulang dalam kepala sampailah saya start enjin kereta gi ofis.amik masa lama gak sebab dari bangun tido sampai siap berpakaian kerja. Dan dalam banyak-banyak lagu raya, yang jadi pilihan minda luar sedar saya adalah lagu Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir. Hahaha sumpah peliklah.
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
Hamik boleh kan ingat lirik penuh.gila kentang minda luar sedar saya ni.hahaha
Motip lagu ni? 200% saya tak tau. Mood gembira sangatlah ni kot. Mateila.
Hewhewhew.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 comments:
Post a Comment