Thursday, November 24, 2011

Yang paling saya takut

Semalam saya ada mengusik seseorang. Saje-saje buat lawak. Taklah teruk pun, tak sangka jugak orang yang saya usik tu terkesan sgt dengan usikan saya. Niat nak bergurau je. Tak lebih dari tu. Maaf ya kamu. Tak terfikir pulak gurauan macam tu tak boleh. Kamu siap ckp dgn saya, gurauan saya tu boleh disamakan mcm Hitler buat lawak. Dapat bayang tak Hitler buat lawak? LOL

Perenggan kedua baru nak masuk tajuk. Hehe. Saya yakin semua orang di dunia ni ada perkara yang paling dia takut kalau perkara tersebut terjadi. Even kalau ada byk, tapi mesti ada satu yang paling paling dia takuti.

Macam saya, ada satu perkara ni memang akan buat saya takut dan seriau (seram + risau) yang amat bila difikirkan. Saya paling takut kalau-kalau saya hilang kawalan atas kewarasan saya. Ye, saya takut kalau saya hilang akal, tidak waras, mental atau bahasa mudah, jadi gila. sebabnya kalau-kalau saya jadi weng, mesti akan ada tindak tanduk saya yang entah apa-apa sebelum saya kurang waras tu. Maksud saya, sebelum jadi gila, rasanya ada pra-gila. Yelah skrg nak kawin pun dah ada pre-wed.eh tiba-tiba.

Let say I'm about to lose my mind, to be insane, I'm pretty sure before it happened, there's must be few incidents that I do which I can't explain why I did it. Sebagai contoh, bila kat tempat kerja, tiba-tiba saya rasa stress sgt dan menjerit sekuatnya, di mana selepas tu saya sendiri taktau kenapa saya mcm tu. Ataupun saya buat sesuatu yang tak disangka, macam peluk atau pukul ofismate saya, tp lepas tu mcm what the heck am I doing?? Takut lah mcm tu. Seriusly takut kalau tak boleh nak kawal diri sendiri. Mesti malu gila. Nak hadap kesan selepas pelakuan tidak sedar tu. Seriusly tak sanggup. Bayangkan pun dah buat saya nervous sangat, kalau jadi betul saya tak taulah macam mana.

Mesti hazab kan mcm tu. Bila dtg kewarasan tu balik, taktau macam mana nak deal dengan pelakuan ketika tak waras tu. Nak deal dengan diri sendiri, dengan orang lain lg. Dugaan sangat berat tu...

Atas ketakutan saya yg utama ni, saya selalu berdoa agar saya tidak hilang kewarasan saya, dan sentiasa dipelihara oleh-Nya...Amin..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: