antara banyak-banyak pc games yang saya pernah main, ada satu game ni yang memang saya suka sangat. tahap suka sampai leh main berjam-jam non stop. gila ketagih. saya mula terjebak dengan game ni masa saya study kat U dulu. dulu masa student, kan suka stay up konon nak study la, wat assignment la, apa la...padahal lebih kepada melepak sambil minum air teh O cicah biskut kepala lutut. dan entah macam mana ada sorang kawan ni, tunjukkan saya game ni. tengok sekali dia main, terus rasa terpikat menggigil tangan sebab tak sabar nak main jugak. dan seterusnya selalulah saya main game ni. siap buat pertandingan siapa kalah kena basuh jag air dan mug semua org. hehe. memula main bengap jugaklah, dapat markah sikit je. tak reti kata orang. then lelama pandai sikit, bolehlah setakat nak tepis 3, 4 orang kawan2 saya tu. hihi. cuma ada sorang je saya tak dapat nak kalahkan sebab dia memang pandai main. salute kat kawan tu.fuh.
nama game ni color linez / winlinez. cara main senang gila. susun 5 biji bola, then bola tu ilang so kita dapat markah. tricky part ialah nak susun bola tu lah. ingat senang nak susun bila dalam masa yang sama bola lain jugak timbul? tak semudah yang dilihat ok. kena main dulu, baru rasa dan paham apa perasaannya. anyway, kami suka panggil game ni sebagai BOLA GEDIK. sebab bila klik kat bola tu, bola tu akan bouncing, macam tergedik-gediklah. hehe. seriusly mmg boleh layan game ni sampai tak tido malam. patut kena letak caution kat game ni...
ok seperti gambar tu, sebelah kanan saya adalah pretender (orang yg tengah main) dan sebelah kiri saya adalah the winner (highest score). well as being said, cara main game mmglah senang. cuma kena fikir lebih camne nak susun. susun tu tak kisah menegak atau melintang, asalkan sebaris 5 biji bola. ada paham?
akhir kata, selamat mencuba ya noks.
Kereta Mayat Kena saman?
16 hours ago
0 comments:
Post a Comment