dua hari lepas, saya telah renew insurans kereta + road tax. walaupun tarikh tamat bulan 9 nanti, tapi takpelah buat awal. takdelah kelam kabut kalau buat last minute. well saya memang tak berapa nak paham orang yang suka buat benda last minute. mostly yg last minute ni bukan takde duit pun, ataupun tak sedar road tax tu nak mati dah. mungkin dah habit kot suka berlengah. ataupun buat dah hujung-hujung waktu tu lagi thrill eh?
anyway, seperti tahun-tahun lepas, saya memang beli insurans dari Etica. senang je nak buat sebab semuanya online. antara servis yang saya pernah guna from Etica ni adalah towing dan tukar bateri. semuanya mudah. time report bateri kong tu, the insurance personnel memang follow-up closely dengan saya. adik saya pernah tayar pancit, then call Etica. mekanik Etica datang dan tolong tukarkan tayar secara FOC. iye, free of charge ya. so reliable bagi saya. pengalaman claim eksiden tak pernah lagi. tapi berdasarkan apa yang saya bace dan dengar, the process is easy breezy.
untuk renew insurans secara online, saya pegi kat website maybank2u, dari situ boleh nampak pasal insurans etica ni. or else boleh pergi ke motortakaful.com. yang senangnya buat online ni, saya cuma perlu masukkan no. pendaftaran kereta dan IC, dan sistem akan check brp NCD saya. lepas tu proceed ikut step by step yang dipaparkan di skrin. saya gemar guna online ni sebab sistem dapat check berapa harga market kereta, sebab biasanya saya cuma insuredkan kereta ikut harga market je. lagi satu boleh pilih apa extra thing yang kita nak insurankan, macam windscreen ke, cover untuk riot atau flood ke, etc. dan yang lagi menarik, ada diskaun 10% dari total yang patut bayar. penjimatan itu penting ok. bagus bagus.
seterusnya, dah renew insurans, of course nak renew road tax. road tax pun saya renew online, thru MYEG. saya guna myeg sebab geran kereta saya masih bank pegang. servis myeg ni mmg antara urusniaga online terbaik yang pernah saya guna. road tax pun boleh dihantar right to our doorstep. tak kisahla kat umah atau office, as long as ada delivery address, mesti sampai punya. ETA untuk sampai bergantung pada kawasan. macam saya di Lembah Klang, masa penghantaran adalah dalam 2 hari bekerja. jadi kalau pas 2 hari tak dapat road tax jugak, boleh contact myeg. dan untuk rekod, road tax yang saya renew kali ni, cuma ambil masa stgh hari untuk myeg sampai. saya renew pagi, tgh hari dah ada orang hantar ke opis. cepat weh. senang teramat. iye memangla ada caj for internet transaction dan delivery, but those chargers tak sampai pun rm10. kos makan, pegi balik kerja pun ada orang lebih rm10 sehari kan. so tak terjejas kot untuk bayar caj tersebut yang hanya setahun sekali.
overall, memang saya puas hati dengan service online Etica dan MyEG. oh untuk siapa taktau, Etica Insurance ni under Maybank. saje lah fyi. mudah, pantas dan dipercayai. takyah bazir masa atau tenaga. saya bagi gred dua ibu jari. greattt!
p/s: fyi, selepas renew insurans kenderaan, kamu perlu renew road tax dalam masa seminggu *kalau tak silap*. kalau buat road tax lepas tempoh tersebut, kamu perlu activate insurans tersebut semula. jadi lecehla kan. jangan biarkan hidup anda diselubungi kesusahan.
Kereta Mayat Kena saman?
1 day ago
0 comments:
Post a Comment