Tadi pi kuar potong rambut.biasala, dah panjang ala-ala rimas ni,jadi nak bagi pendek sikit.kali terakhir potong rambut em 3 bulan lepas rasanya. Saya pi kedai biasa lah.senang,dah tau style dia potong rambut kan. Kedai ni well kedai biasa, bayar dulu baru potong. Saya pun kuarkan jumlah duit seperti biasa, RM15. Tiba-tiba amoi tukang gunting tu panggil saya, dan dia cakap," sekalang sulah anamblas linggit maaa.naik halega bulan ampat ooo". Ok, respon automatik saya,"amboi,cepatnya naik harga".ya, saya bersuara pada amoi tu. Tp yelah apakan daya,dah mmg nak potong rambut kat kedai tu kan.saya bayar jelaa...
Sepanjang rambut kena gunting, saya memikirkan laa kenapa nak kena naik harga.still orang yang sama potong rambut. Equipment yang sama.kerusi yang sama. Takde pun naik harga dan customer dapat air free secawan.saya amat pasti takde perubahan waima satu benda sekalipun. pastu saya pandang mesin-mesin sekeliling saya.oh ni mesti naik harga sebab tarif elektrik naik. Ok dah takmo pikir.eh eh jap, elektrik naik kan baru ni je. 1 jun ritu. Bil baru pun belum dapat lg. Jadi naik sebab apa? Sebab harga gula naik ke? Ke sebab RON97 naik? Potong rambut guna petrol ke skrg? Ayoyo sampai ke sudah tak dapat jawapan. Bila saya tanya amoi tu, dia jawap, "aiya ini harga naik selinggit saje.masih manyak mulah". Peh gaya jawab dah macam menteri beb.
Dan lepas sudah potong rambut, sebelum masuk kereta, saya akhirnya berjaya mendapat kesimpulan hasil pemikiran epik saya di kedai tersebut, iaitu konklusinya, naaa tak perlu sebab untuk sesiapa naikkan harga barang/servis yang dia jual/provide. Sebabnya tiada siapa kisah. Yang dapat beban cuma end customer macam saya.hai nasib badan. Pasni belaja potong rambut sendiri la kot.letak tupperware atas kepala, dan potong rambut yang selebihnya. Cun jugak kan. Hahahahaha *gelak sedih*
Kereta Mayat Kena saman?
1 day ago
1 comments:
haha.. sume harga naik..
lame2 naik angin la
Post a Comment