Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #2

Tuesday, November 29, 2011

Mood gembira?

Have you ever waking up in the morning and suddenly there's a song playing in your head? Out of nowhere, it just there. Wild guess, I bet once in your lifetime this situation occured. Memang takde tanda-tanda nak dtg, tiba-tiba pop, ada lagu. Kalau pernah tgk Fairly Odd Parents, lagu tu main mcm dalam kepala Cosmo.hehe.

Benda ni jadi kat saya pagi tadi. Orang kata bila bangun pagi kena ceria, baru the rest of the day akan ceria sekali. Positif gitu. Jadi ada lagu tu, lagi tambah ceria kot kan.

Untuk situasi saya, I totally can understand if the song is common song. Maksud saya, kalau lagu yang dalam kepala saya ni, and it keeps repeating, adalah lagu yang biasa contoh macam lagu yang selalu saya nyanyi waktu mandi ke, atau waktu saya dalam kereta. Tapiii, pagi ni mmg lagu luar kebiasaan. Rasa pelik pun ada.

Boleh tak, waktu bangun pagi tadi, tiba-tiba lagu raya yang bermain dalam minda saya. Ye, lagu raya. Bukan raya krismas (sbb semalam masa keluar jalan2 kat mall dah mula pasang merry christmas song) tapi raya puasa. Haha sangat pelik ok. Apakah motip atau petanda tak tau. Tapi lagu tu ulang-ulang dalam kepala sampailah saya start enjin kereta gi ofis.amik masa lama gak sebab dari bangun tido sampai siap berpakaian kerja. Dan dalam banyak-banyak lagu raya, yang jadi pilihan minda luar sedar saya adalah lagu Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir. Hahaha sumpah peliklah.


Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda


Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama


Hamik boleh kan ingat lirik penuh.gila kentang minda luar sedar saya ni.hahaha

Motip lagu ni? 200% saya tak tau. Mood gembira sangatlah ni kot. Mateila.

Hewhewhew.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 25, 2011

I'm loving it!

Yeah, one of the reasons why I love to be at kampung :)

Thursday, November 24, 2011

Yang paling saya takut

Semalam saya ada mengusik seseorang. Saje-saje buat lawak. Taklah teruk pun, tak sangka jugak orang yang saya usik tu terkesan sgt dengan usikan saya. Niat nak bergurau je. Tak lebih dari tu. Maaf ya kamu. Tak terfikir pulak gurauan macam tu tak boleh. Kamu siap ckp dgn saya, gurauan saya tu boleh disamakan mcm Hitler buat lawak. Dapat bayang tak Hitler buat lawak? LOL

Perenggan kedua baru nak masuk tajuk. Hehe. Saya yakin semua orang di dunia ni ada perkara yang paling dia takut kalau perkara tersebut terjadi. Even kalau ada byk, tapi mesti ada satu yang paling paling dia takuti.

Macam saya, ada satu perkara ni memang akan buat saya takut dan seriau (seram + risau) yang amat bila difikirkan. Saya paling takut kalau-kalau saya hilang kawalan atas kewarasan saya. Ye, saya takut kalau saya hilang akal, tidak waras, mental atau bahasa mudah, jadi gila. sebabnya kalau-kalau saya jadi weng, mesti akan ada tindak tanduk saya yang entah apa-apa sebelum saya kurang waras tu. Maksud saya, sebelum jadi gila, rasanya ada pra-gila. Yelah skrg nak kawin pun dah ada pre-wed.eh tiba-tiba.

Let say I'm about to lose my mind, to be insane, I'm pretty sure before it happened, there's must be few incidents that I do which I can't explain why I did it. Sebagai contoh, bila kat tempat kerja, tiba-tiba saya rasa stress sgt dan menjerit sekuatnya, di mana selepas tu saya sendiri taktau kenapa saya mcm tu. Ataupun saya buat sesuatu yang tak disangka, macam peluk atau pukul ofismate saya, tp lepas tu mcm what the heck am I doing?? Takut lah mcm tu. Seriusly takut kalau tak boleh nak kawal diri sendiri. Mesti malu gila. Nak hadap kesan selepas pelakuan tidak sedar tu. Seriusly tak sanggup. Bayangkan pun dah buat saya nervous sangat, kalau jadi betul saya tak taulah macam mana.

Mesti hazab kan mcm tu. Bila dtg kewarasan tu balik, taktau macam mana nak deal dengan pelakuan ketika tak waras tu. Nak deal dengan diri sendiri, dengan orang lain lg. Dugaan sangat berat tu...

Atas ketakutan saya yg utama ni, saya selalu berdoa agar saya tidak hilang kewarasan saya, dan sentiasa dipelihara oleh-Nya...Amin..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia, Tahniah Skuad Harimau Muda

Kita menang!!

Haha, puas hati saya. Memang berbaloi tgk game sampai habis malam td. Kemenangan sangat bermakna. It was a great game indeed, eventho one of our own, si Fakri sucks all the time. Punya banyak peluang, tapi sia-siakan. Dahle pemalas, gopoh, lembik dan macam-macam lagi. Kalau baca twitter & facebook, most of them kutuk Fakri ni.ish, I personally think he is the luckiest dude alive, as people care less bout his poor performance eventually, and focusing on the winning we got. Emas untuk Malaysia bagi bola sepak. Hadiah bermakna untuk rakyat Malaysia :)

One silly mistake of our defense, membolehkan Indonesia score. Tapi gol oleh Asra memang cantik gila. Walaupun tegelincir, tapi boleh gol kan okeh. Fakri, you should learn from Asra. And the rest of our players, you guys are Malaysian heroes. Apex memang terbaik lah.tak kisahlah pasal personal life dia, as long as he is very dedicated national keeper. Dan gol Badrol masa penalti, memang legend. Rezeki Malaysia lah, dah kena tampan pun boleh bergolek lagi masuk gol. Yeah, we won this. Awesome!!

Congrats to team Harimau Muda. You really make us proud *kembang hidung*


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 17, 2011

Bila kau mula berkira

Nak dapat kerja yang kita betul-betul suka, memang susah. Nak ikut gaya dan cakap Steve Jobs, cari keje yg betul2 minat, ada jugak karang bil tak berbayar, kereta kena tarik, makan megi pun dah kira mewah, etc etc. maksud saya, most of us commit pd kerja yg boleh bagi duit, bagi makan. Totally suka atau tak, itu perkara lain.

Jadi bila bekerja tu, kita tend to sesuaikan diri ikut keadaan, ikut persekitaran. Tapi ada je yang jenis ikut kepala sendiri. Bangsa camtu ada dua jenis je. Satu, dia owner company tu. so ikut dia lah nak corak camne. Tp kalau once your company open to public, kena amik kira pendapat dan decision org lain. Jenis kedua, bukan owner, tp perasan mcm owner. Perasan dh cukup bagus, dan semua kena ikut rentak dia. Kalau mmg jawatan tinggi takpe gak. Ni kalau yg suam-suam kuku je, alahai nak menitik air mata tengok.

Macam saya, bila kat pejabat, bab kerja saya malas nak berkira. Eventho ada kerja-kerja tu sepatutnya orang lain kena buat, tp mana yang saya boleh tolong, sure saya akan tolong. Ni bkn up diri sendiri, tp siapa yang kenal saya, taulah saya mcm mana.

Nak dijadikan cerita, ada colleague saya ni, lelaki, gaya sikit lagi nak mcm bos, padahal jawatan sama dengan saya. Mungkin sebab dia masih muda, so lagak ketidakmatangan itu terlalu terserlah. Semua nak ikut pendapat sendiri. Siap selalu nak mention pasal kebagusan dia di tmpt lama. Well, yang tu saya boleh tahan lagi. Malas sgt nak layan. Cuma semalam bila mamat ni, mula berkira pasal kerja, hah yang tu memang takleh tahan dah. Simple je kot, cuma nak mintak arahkan technician do something, as i'm not around at the moment. Tapi jawapan dia mmg terbaek, " ini bukan kerja aku.so aku taknak buat ". Walaweh, lupa ye yang saya selalu je cover your ass. Takpe labu, saya ingat ayat tu sampai bila-bila. Nak sangat berkira kan, pasni hadap saya yang berkira pulak. Huh.

Nantikan pembalasan darikuuuuuu.....