Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #1

Thursday, August 18, 2011

Betul betul kuasa di hujung jari

dua hari lepas, saya telah renew insurans kereta + road tax. walaupun tarikh tamat bulan 9 nanti, tapi takpelah buat awal. takdelah kelam kabut kalau buat last minute. well saya memang tak berapa nak paham orang yang suka buat benda last minute. mostly yg last minute ni bukan takde duit pun, ataupun tak sedar road tax tu nak mati dah. mungkin dah habit kot suka berlengah. ataupun buat dah hujung-hujung waktu tu lagi thrill eh?

anyway, seperti tahun-tahun lepas, saya memang beli insurans dari Etica. senang je nak buat sebab semuanya online. antara servis yang saya pernah guna from Etica ni adalah towing dan tukar bateri. semuanya mudah. time report bateri kong tu, the insurance personnel memang follow-up closely dengan saya. adik saya pernah tayar pancit, then call Etica. mekanik Etica datang dan tolong tukarkan tayar secara FOC. iye, free of charge ya. so reliable bagi saya. pengalaman claim eksiden tak pernah lagi. tapi berdasarkan apa yang saya bace dan dengar, the process is easy breezy.

untuk renew insurans secara online, saya pegi kat website maybank2u, dari situ boleh nampak pasal insurans etica ni. or else boleh pergi ke motortakaful.com. yang senangnya buat online ni, saya cuma perlu masukkan no. pendaftaran kereta dan IC, dan sistem akan check brp NCD saya. lepas tu proceed ikut step by step yang dipaparkan di skrin. saya gemar guna online ni sebab sistem dapat check berapa harga market kereta, sebab biasanya saya cuma insuredkan kereta ikut harga market je. lagi satu boleh pilih apa extra thing yang kita nak insurankan, macam windscreen ke, cover untuk riot atau flood ke, etc. dan yang lagi menarik, ada diskaun 10% dari total yang patut bayar. penjimatan itu penting ok. bagus bagus.

seterusnya, dah renew insurans, of course nak renew road tax. road tax pun saya renew online, thru MYEG. saya guna myeg sebab geran kereta saya masih bank pegang. servis myeg ni mmg antara urusniaga online terbaik yang pernah saya guna. road tax pun boleh dihantar right to our doorstep. tak kisahla kat umah atau office, as long as ada delivery address, mesti sampai punya. ETA untuk sampai bergantung pada kawasan. macam saya di Lembah Klang, masa penghantaran adalah dalam 2 hari bekerja. jadi kalau pas 2 hari tak dapat road tax jugak, boleh contact myeg. dan untuk rekod, road tax yang saya renew kali ni, cuma ambil masa stgh hari untuk myeg sampai. saya renew pagi, tgh hari dah ada orang hantar ke opis. cepat weh. senang teramat. iye memangla ada caj for internet transaction dan delivery, but those chargers tak sampai pun rm10. kos makan, pegi balik kerja pun ada orang lebih rm10 sehari kan. so tak terjejas kot untuk bayar caj tersebut yang hanya setahun sekali.

overall, memang saya puas hati dengan service online Etica dan MyEG. oh untuk siapa taktau, Etica Insurance ni under Maybank. saje lah fyi. mudah, pantas dan dipercayai. takyah bazir masa atau tenaga. saya bagi gred dua ibu jari. greattt!


p/s: fyi, selepas renew insurans kenderaan, kamu perlu renew road tax dalam masa seminggu *kalau tak silap*. kalau buat road tax lepas tempoh tersebut, kamu perlu activate insurans tersebut semula. jadi lecehla kan. jangan biarkan hidup anda diselubungi kesusahan.



Wednesday, August 17, 2011

Kenapa dan Mengapa

Kalaulah ada antara kawan-kawan kamu yang masih single, yang tak berdecit sedikit pun tentang status single beliau, adalah amat tidak patut kalau kamu tanya kepadanya, "weh,nape ko tak kawen lagi ek?". Apa kamu ingat kawan kamu tu ada jawapan ke kenapa jodoh dia tak kunjung tiba lagi. Super annoying la soalan cenggitu. Semua orang memang nak hepi, nak bahagia ada keluarga sendiri. Jadi single tu perasaan sunyi memang terasa sangat.lagi-lagi bila bukak fesbuk mostly friendlist update pasal hepinya dgn husband atau wife masing-masing.profile pic pun gambo peluk2.dan bila nak tido,pandang siling lagilah kosongnya rasa.tu belum lagi bila ada reunion kawan sekolah atau universiti.that is why soalan kenapa masih membujang, kenapa tak kahwin dan sebagainya 110% tak seharusnya ditanya.cubalah kalau berjumpa tu tanya benda-benda lain yang lebih berfaedah dan tak menyakitkan hati.nanti bila kawan kamu yang single tu taknak jumpa kamu dah, kamu purak-purak taktau pulak kenapa.ish ish.

Soal jodoh tu kan di luar kawalan manusia.kalau dah usaha-usaha, tapi masih tak bertemu jodoh, siapa kita nak persoalkan. Ataupun masih rasa tak ready dan tak jumpa yang sekufu, takkan kamu sebagai outsider nak persoalkan kan.being single is not bad.not bad at all.cuma rasa tak best tu bila dihujani soalan tentang kahwin and stuff. Tolong jgn jadik that kepohci makcik boleh? It's soooo 70's laaaa.

Sekian pesanan khidmat masyarakat.

Friday, August 5, 2011

Bola Gedik

antara banyak-banyak pc games yang saya pernah main, ada satu game ni yang memang saya suka sangat. tahap suka sampai leh main berjam-jam non stop. gila ketagih. saya mula terjebak dengan game ni masa saya study kat U dulu. dulu masa student, kan suka stay up konon nak study la, wat assignment la, apa la...padahal lebih kepada melepak sambil minum air teh O cicah biskut kepala lutut. dan entah macam mana ada sorang kawan ni, tunjukkan saya game ni. tengok sekali dia main, terus rasa terpikat menggigil tangan sebab tak sabar nak main jugak. dan seterusnya selalulah saya main game ni. siap buat pertandingan siapa kalah kena basuh jag air dan mug semua org. hehe. memula main bengap jugaklah, dapat markah sikit je. tak reti kata orang. then lelama pandai sikit, bolehlah setakat nak tepis 3, 4 orang kawan2 saya tu. hihi. cuma ada sorang je saya tak dapat nak kalahkan sebab dia memang pandai main. salute kat kawan tu.fuh.

nama game ni color linez / winlinez. cara main senang gila. susun 5 biji bola, then bola tu ilang so kita dapat markah. tricky part ialah nak susun bola tu lah. ingat senang nak susun bila dalam masa yang sama bola lain jugak timbul? tak semudah yang dilihat ok. kena main dulu, baru rasa dan paham apa perasaannya. anyway, kami suka panggil game ni sebagai
BOLA GEDIK. sebab bila klik kat bola tu, bola tu akan bouncing, macam tergedik-gediklah. hehe. seriusly mmg boleh layan game ni sampai tak tido malam. patut kena letak caution kat game ni...



inilah game bola gedik tu



ok seperti gambar tu, sebelah kanan saya adalah pretender (orang yg tengah main) dan sebelah kiri saya adalah the winner (highest score). well as being said, cara main game mmglah senang. cuma kena fikir lebih camne nak susun. susun tu tak kisah menegak atau melintang, asalkan sebaris 5 biji bola. ada paham?

akhir kata, selamat mencuba ya noks.