Tuesday, December 25, 2012

Yang paling boleh diharap adalah diri sendiri

Dalam urusan seharian, memang banyak perkara perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup. Untuk diri saya, kebanyakan perkara tersebut memang saya buat atas usaha sendiri sahaja. Dah biasa dari dulu. Nak apa-apa, cuba dapatkan sendiri. Ada masalah, selesaikan sendiri. Sebab tu saya tak boleh cuai atau messed up. Sebab saya rasa takkan ada sesiapa yang boleh atau nak tolong saya nanti. Oh ada seorang iaitu kakak saya. Tapi selagi boleh memang takkan susahkan dia lah.

Berdikari bukan perkataan asing untuk saya. Sebab tu saya agak sinis bila jumpa orang yang bila perkara tu boleh buat sendiri pun, masih nak minta orang tolong. Sebagai contoh cari kerja. Minta tolong rekemen lah, guna kabel sana sini lah. kamon itu semua boleh guna kudrat sendiri. Cuma beza kat setiap individu nasib dia sama ada cepat atau lambat dapat kerja. Yang guna kabel ni saya tengok memilih nak kerja best sahaja. Semua nak senang kan taknak usaha lebih. Saya ni sebelum kerja skrg ni, dah bermacam-macam kerja saya buat dulu.

Saya kalau boleh, memang takkan minta tolong kat orang untuk apa pun. Selagi boleh selesaikan sendiri, memang akan buat je. Takde duit pun diam-diam je lah. Tahap survival saya tinggi saya rasa. Unless kalau perkara tu, saya memang perlukan pandangan atau pertolongan orang lain, baru lah saya minta tolong. Itu pun jarang-jarang sangat.

Saya jarang minta org tolong saya, sebab saya tak pernah rasa yang saya boleh betul-betul harapkan seseorang. Even dengan life partner pun. Kebiasaannya, saya yang jadi orang yang boleh diharapkan. Tapi tidak dari pasangan. Mungkin sebab pasangan saya rasa saya boleh uruskan semua perkara sendiri agaknya. Atas sebab itu jugaklah, kadang-kadang terasa kalau semua pun buat sendiri, hidup seorang lagi mudah.

Ada masa saya terfikir nak jugak merasa ada seseorang yang memang boleh saya harapkan. Orang yang kalau saya ada masalah, saya boleh rujuk padanya dan dapat penyelesaian. Yang bila ada benda yang tak best tiba-tiba berlaku, dia boleh ada dengan saya dan hadapi bersama. Tapi setakat ni, saya tak jumpa lagi orang macam tu. Mungkin nasib saya tak bertuah seperti yang saya inginkan.

Untuk sekarang ni, memang apa yang boleh diharapkan, adalah diri saya sendiri. Kadang-kadang terdetik kat hati, minta-minta ajal saya tiba pada masa saya masih bertenaga dan mampu untuk uruskan diri sendiri. Sebab kalau masih hidup sampai tua tak berdaya nanti, siapa yang akan ada untuk saya harapkan apa-apa?

Melankolik sungguh.

0 comments: