Tuesday, December 25, 2012

Yang paling boleh diharap adalah diri sendiri

Dalam urusan seharian, memang banyak perkara perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup. Untuk diri saya, kebanyakan perkara tersebut memang saya buat atas usaha sendiri sahaja. Dah biasa dari dulu. Nak apa-apa, cuba dapatkan sendiri. Ada masalah, selesaikan sendiri. Sebab tu saya tak boleh cuai atau messed up. Sebab saya rasa takkan ada sesiapa yang boleh atau nak tolong saya nanti. Oh ada seorang iaitu kakak saya. Tapi selagi boleh memang takkan susahkan dia lah.

Berdikari bukan perkataan asing untuk saya. Sebab tu saya agak sinis bila jumpa orang yang bila perkara tu boleh buat sendiri pun, masih nak minta orang tolong. Sebagai contoh cari kerja. Minta tolong rekemen lah, guna kabel sana sini lah. kamon itu semua boleh guna kudrat sendiri. Cuma beza kat setiap individu nasib dia sama ada cepat atau lambat dapat kerja. Yang guna kabel ni saya tengok memilih nak kerja best sahaja. Semua nak senang kan taknak usaha lebih. Saya ni sebelum kerja skrg ni, dah bermacam-macam kerja saya buat dulu.

Saya kalau boleh, memang takkan minta tolong kat orang untuk apa pun. Selagi boleh selesaikan sendiri, memang akan buat je. Takde duit pun diam-diam je lah. Tahap survival saya tinggi saya rasa. Unless kalau perkara tu, saya memang perlukan pandangan atau pertolongan orang lain, baru lah saya minta tolong. Itu pun jarang-jarang sangat.

Saya jarang minta org tolong saya, sebab saya tak pernah rasa yang saya boleh betul-betul harapkan seseorang. Even dengan life partner pun. Kebiasaannya, saya yang jadi orang yang boleh diharapkan. Tapi tidak dari pasangan. Mungkin sebab pasangan saya rasa saya boleh uruskan semua perkara sendiri agaknya. Atas sebab itu jugaklah, kadang-kadang terasa kalau semua pun buat sendiri, hidup seorang lagi mudah.

Ada masa saya terfikir nak jugak merasa ada seseorang yang memang boleh saya harapkan. Orang yang kalau saya ada masalah, saya boleh rujuk padanya dan dapat penyelesaian. Yang bila ada benda yang tak best tiba-tiba berlaku, dia boleh ada dengan saya dan hadapi bersama. Tapi setakat ni, saya tak jumpa lagi orang macam tu. Mungkin nasib saya tak bertuah seperti yang saya inginkan.

Untuk sekarang ni, memang apa yang boleh diharapkan, adalah diri saya sendiri. Kadang-kadang terdetik kat hati, minta-minta ajal saya tiba pada masa saya masih bertenaga dan mampu untuk uruskan diri sendiri. Sebab kalau masih hidup sampai tua tak berdaya nanti, siapa yang akan ada untuk saya harapkan apa-apa?

Melankolik sungguh.

Tuesday, December 11, 2012

Pengotor dan tak ambil kisah

Ada 7 buah rumah yang sama level dengan saya. Yang 4 agak terpisah, sebab ada lif. Lagi 3 memang berdekatan. Kira ada jiran depan, sebelahnya dan kiri rumah saya. Yang rumah kiri, tiada masalah. Ok je selama ni. Yang bermasalah dua rumah ni, rumah depan, rumah A dan rumah sebelahnya, rumah B.

Rumah B ni memang pengotor yang amatlah orang-orangnya. Sampah tak nak buang, letak depan rumah berhari-hari. Dahlah busuk berair. Nak muntah tengok. Bau apatah lagi kan. Apalah pemalas sangat nak buang sampah. Padahal hari-hari turun. Kalau nampak ada bekas titisan air sampah dari lif, memang rumah tu lah penyebabnya. Kasut toksah cakap lah. Bersepah dengan stokin campak je kat luar. Dahsyat betul. Hari-hari pagi-pagi mesti ada bau ikan masin goreng dari rumah B ni. Setiap pagi sarapan ikan masin gamaknya. Dan setiap kali pegi kerja, bau perfume saya bercampur dengan bau ikan masin tersebut. Best kan *tangan letak kat bahu*. Kalau dah luar rumah macam tu, saya memang tak boleh nak bayangkan lah dalam rumah apa gayanya. Hoih tak sanggup betul lah kalau kena duduk serumah dengan pengotor macam ni. Pastu diorang ni suka buat bising. Kalau weekend lagi lah. Dia bising bingit tau. Mengganggu ketenteraman saya je.

Yang rumah A pulak, bangsa tak amik kisah. Mentang-mentang bukan rumah sendiri, ada benda rosak pun buat tak tahu je. Paip depan bocor pun boleh rilek je tak ambil peduli. Sampai air dah melimpah depan rumah pun tetaplah tak ambil port langsung. Saya ni lah yang call maintenance suruh datang repair. Kalau paip tu pecah apa dia ingat dia tak susah ke. Menyusahkan saya juga sekali sebab rumah berdepan dengan dia. Lagi satu, pemalas. Dah few times saya jumpa sampah longgok kat tepi kecemasan dekat tangga tu. Yang ni saya agak-agak angkara jiran rumah B ni, sebab saya pernah nampak ada plastik hitam depan rumah dia. Tup-tup pastu ada kat tangga tu. Dia biar je lah.aih geram betul saya. Ni kejadian baru tadi ni ada pack beras yang dah naik kutu tu, letak sebelah tangga jugak. Hanginnnyaaa. Tak boleh ke weh bawak turun buang. Boleh pulak lah letak kat situ. Dah kutu-kutu beras tu keluar-keluar sampai ke rak kasut saya ada. Terpaksalah saya bersihkan dan buang beras tu. Menyusahkan okeh.

Kenapalah ada orang perangai macam ni. Nak kata tak educated, bukan orang yang takde kerja boleh dapat rumah kat sini. Dah tu kerja kat tempat yang banyak peraturan, tapi tak terdidik untuk jadi orang yang berdisiplin, pembersih dan tidak sambil lewa. Tak faham sangat-sangat attitude manusia macam jiran-jiran saya ni. Stress sungguh.huh!