Alhamdulillah.Syukur sangat akhirnya dapat juga langsaikan hutang PTPTN yang sepatutnya dah saya setelkan dari dulu. Saya pun tak berapa pasti kenapa saya bertangguh nak setelkan hutang pinjaman PTPTN ni. Nak kata banyak sangat, banyak lagi loan kereta. mungkin disebabkan pihak PTPTN pun takde ambil tindakan drastik kalau tak bayar (contoh macam bank yang akan tarik kereta kalau missed bayar installment). setakat blacklist ke luar negara tu, tak menjejaskan saya langsung sebab saya memang bukan orang yang suka travel ke luar negara. ish ish, nasib baiklah insaf jugak di penghujung jalan. hehe.
Hasrat hati nak setelkan loan PTPTN ni dari tahun lepas lagi, sebab dah bajet nak guna duit KWSP. dan memang rezeki sayalah, kebetulan dalam bajet 2013, PM announced siapa peminjam yang langsaikan hutang secara lump sum, dapat diskaun 20%. pucuk dicita ulam mendatang gitu. banyak ok pengurangan 20% tu. dan setelah dapat duit yang ditunggu, pagi tadi saya pun pergilah bayar baki pinjaman PTPTN ni. saya bayar di One Stop Centre PTPTN Putrajaya yang terletak di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Presint 5, Putrajaya (untuk cawangan lain boleh rujuk sini). memang mudah urusan kat OSC ni. meh saya listkan apa prosedur yang perlu bila sampai sini nak bayar:-
- Ambil nombor giliran di Kaunter Khidmat Pelanggan (mention untuk bayar PTPTN)
- Bila di kaunter PTPTN, bagitau nak bayar lump sum. Pegawai situ akan bagi borang pengesahan baki pinjaman dan perlu diisi.
- Pegawai PTPTN akan keluarkan penyata pengesahan baki pinjaman, di mana dinyatakan dalam penyata tersebut jumlah yang perlu dibayar setelah ditolak diskaun 20% dari baki semasa. Dalam penyata ni jugak dinyatakan bila tarikh akhir kena bayar sebab kalau bertangguh lagi, baki pinjaman terkini akan meningkat sebab ada kos pentadbiran untuk bulan seterusnya
- Bayar amaun yang dinyatakan (boleh guna wang tunai atau bank draf)
- Dapat resit rasmi dan Surat Pelepasan Hutang dari PTPTN
- Selesai (boleh senyum senang hati)
Macam saya tadi, saya bayar cash. Plan asal nak buat bank draf, tapi cam malas nak bayar fee kat bank. walaupun cuma RM2, tapi memang saya berkira sikit dengan bank ni (taknak bagi dorang buat duit mudah). tapi kena hati-hati lah bawak duit tunai ni. saya ni jarang benar keluarkan dan bawak duit tunai banyak-banyak dari bank. lagi satu memang selalu takde duit banyak pun, hihi. jadi lepas dapat penyata pengesahan baki pinjaman tu, saya pergi bank ambil duit dan kemudian pergi semula ke KPT. memang berdebar lah tadi.itulah perjalanan paling berhati-hati saya rasa. Alhamdulillah semua selamat.
so sesiapa ada duit lebih tu, untung kalau bayar lump sum ni sebab ada diskaun 20% ni (FAQ boleh rujuk sini). walaupun sekarang ni tengah galak pasal pilihanraya 2013, dan ada janji PR nak mansuhkan PTPTN, saya rasa perkara tu totally tak logik dan tak bertanggungjawab. Hutang tetap hutang, tetap kena bayar. jadi takyahlah berangan boleh skip dapat mansuhkan hutang PTPTN. sekian nasihat selingan. hehe
sekarang memang lega teramat, dan dah takyah fikir lagi pasal nak bayar loan PTPTN setiap kali gaji. Lega lega :D