Monday, January 7, 2013

Melatih amalan murni

Bila makan kat luar, saya suka tengok meja orang lain. Ni tengok perhati acah-acah, maksudnya takdelah tengok sampai bulat mata buat orang tak selesa. Tapi nampaklah perilaku orang sekeliling. Dan satu perkara yang saya jarang sangat tengok orang buat, adalah kemas meja sendiri. Oh ni biasanya kat kedai makan biasa, cam foodcourt, mamak dan sebagainya. Kalau makan kat restoran mahal sikit atau hotel, nampaklah kemain bersopan. Hehe berlakon ke tak tau lah. Atau mungkin yang pegi makan situ semua bertamadun sikit.

Pasal tak kemas meja ni, saya tengok yang bekeluarga ada anak bawah 8 tahun paling worst. Sepah atas meja tu memang dah pasti. Bawah meja lagi, kalau nasi tak berterabur memang tak sah lah. Sudu garfu tercampak tu standard. Dan yang sedihnya, parents tak nampak benda tu perkara yang perlu diambil tindakan. Bersihkan sikit ke, bagi contoh elok kat anak. Kan anak belajar dari pemerhatian pada parents dorang. Ni dengan buat tak kisah, lepas makan, bayar dan blah. Mentang-mentanglah ada cleaner atau orang kedai nak bersihkan, lepas tangan je.

Of course saya tak suka orang perangai macam ni. Saya rasa diorang pengotor. Dan bila lagi nak ajar anak benda-benda simple macam ni. Let say kat rumah parents tak bagi sepah-sepah time makan. Tapi bila kat luar buat tak kisah. Tak ke keliru jadi anak tu. Em tapi mungkinlah saya ckp senang je sebab saya belum ada anak. Cuma saya yakin dan percaya, nak ajar anak kena konsisten.

Bagi saya, saya cuba untuk jadikan perbuatan kemas meja makan bila dining out adalah habit. Setakat ni berjaya. Kalau dah sudah makan, sedaya boleh saya akan susun semua tak kira sisa, tisu atau apa ke dalam pinggan. Dan tak lupa lap meja pastikan tak kotor. Ni nak memudahkan cleaner atau orang kedai angkat pinggan makan saya. Dan kalau di fast food restaurant as such subway or kfc, saya akan letak semua sampah dalam tray, angkat tray tu dan buang sampah kat tong sampah diorang. Kira pekerja situ tak perlu susah-susah nak kemas meja saya.

Lagi satu benda saya memang akan buat (kecuali terlupa) adalah saya akan masukkan semula kerusi ke bawah meja. Biar sama macam sebelum saya duduk situ. Benda-benda macam ni saya rasa memang penting untuk kita lakukan selalu bila makan kat luar. Unless lah kalau mmg ada dedicated pekerja untuk kemas macam kat hotel atau fancy restaurant tu. Kalau gi fine dining ke toksahlah kan nak angkat pinggan sendiri. Hehe.

Saya rasa dengan mengamalkan kemas meja sendiri sesudah makan, akan terapkan sifat rendah diri dan jadikan kita lebih baik. Plus kita tolong orang dengan tak menyusahkan cleaner untuk bersihkan sampah hasil kita. Dan mungkin perbuatan kita ni boleh jadi contoh untuk orang lain. Contoh yang baik, harap-harap berjangkit orang tiru :)