Saturday, March 17, 2012

Hangat-hangat tahi ayam (euww)

Saya sepatutnya dah memulakan regim diet. Wah over bunyinya regim tuh. Cahaya kesedaran untuk mula berdiet (semula) bila kebanyakan jeans dah tak muat nak dipakai. Bahagian yang membesar dengan jayanya adalah peha dan perut. muka takpe boleh tolerate lagi walhal double chin sangat menyerlah.

Semangat nak mula diet bermula dari awal bulan lepas. Konsep diet saya, ikut ala-ala diet protein tu.kurangkan karbo. Ketika cahaya kesedaran tu tiba, ya berjaya untuk menolak dari mengambil nasi selama lebih kurang seminggu lebih. Tapi masih makan bihun dan mi. Apakah. Hahaha. Bila waktu tengahari, makan lauk je. Ofismate semua macam kagum kan. Saya pun kagum sekali.eh.

Tapiiiiiii bila dalam mood berdiet ni, cobaan dan dugaan tu macam-macam sangat. Paling susah nak tolak bila ada orang belanja. Atau ofis buat makan-makan. How to say no to that? You tell me. Susah tau (alasan). Dan sebagai manusia biasa, saya memang bisa kalah pada cobaan sedemikian. Masa makan tak hengat pasal diet. Dah siap makan baru rasa menyesal. Tapi rasa je lah. Takdelah nak buat pape lari keliling padang 14 kali ke nak bakar kalori kan.

Sekarang ni memang tak diet langsung dah. Bila rasa nak makan, makan jeh. Waktu malam pun ada masanya makan jugak. Malam tau pas kul 10. Ish ish ish apa nak jadiklah. Masa makan memanglah syok. Bila tengok cermin histeria. Haha ngeng sungguh.

Sebenarnya malas betul nak diet. Tapi berat sekarang memang dah obes ni. Dahlah pendek, gemuk. Aiyo rasa hodoh gila bila describe camni.

Nak diet lah balik. Nak diet nak diet nak diet (dalam kepala tebayang nasi ayam.defaq)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 5, 2012

Tidak pasti

Sejak kebelakangan ni, sistem ketahanan badan semakin entah apa-apa. I don't know if it is related to my age, but it seems that I'm no longer in control of my body. Batuk hari tu bukan main lama nak baik. Dan sekarang badan pulak naik gatal-gatal yang pertama kali kena. Gatal macam nak dihiris.

Cara pemakanan saya rasa dah elok dah. Nak kata allergi, macam tiba-tiba je kan. Hish makin tak tau punca ni. disebabkan keadaan kesihatan yang macam ni, terpaksalah saya jumpa doktor (lagi) - antara benda yang paling malas saya nak buat. dan disebabkan kononnya nak menggunakan benefit sebagai gahmen servant, here I am waiting at gahmen clinic. Azab menunggu doktor kat sini, hanya orang yang pernah pegi je tau.

Menunggu dengan perut kosong, memang terbaik untuk pagi isnin macam ni T_____T


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone