Tuesday, January 24, 2012

Demam datang lagi

Demam kali ni agak teruk. Makan ubat malam, kebah waktu pagi. Tapi pas zuhur datang panas balik. Dah dua hari macam ni. Hari pertama demam lagi dasat. Siap mual loya-loya. Badan memang lembik. Ayaya ni dengan campur selesema dan batuk.pakej terbaik untuk cuti tahun baru cina ni.

Bila demam macam ni, mulalah macam nak mengada-ngada. Nak orang jaga. Tapi sebab dibesarkan dalam keluarga yang mendidik saya untuk berdikari sepenuhnya, paling bagus dorang akan cakap adalah pegi makan ubat. Ubat kat mana carilah sendiri. Ehe bagus kan. Dah biasa pun sebenarnya. Jadi takde lah hal sangat benda ni.

Cumanya sebab ada yang tersayang (selain keluarga), jadi perasaan mengada-ngada tu tetap nak wujud. Ish ni lah hasil bila tak sihat camni. Ni jugak reason saya nak sihat cepat. Sebab letih nak berperasaan mengada-ngada sedangkan saya tau takkan dapat apa yang saya nak pada waktu ni (read: orang jaga).

ubat dah makan, tapi tetap loklak demam tak kebah sepenuhnya. Batuk dan bersin memang dah marathon dari semalam. Paling payah selesema ni ialah bila nak solat. Aliran air hidung tu nak control memang susah. Ada kawan ckp kalau masih berterusan demam, baik check darah sebab takut denggi. Tapi demam denggi tak datang sekali dengan batuk dan selesema kan kan kan *tiba-tiba rasa cuak*

Mata dah pedih-pedih panas semula ni. Dh berapa biji panadol saya amik ni. Kalau esok tak baik jugak, kena jumpa doktor gak ni. Em malasnya nak pergi sorang-sorang...

Hopefully cepatlah saya sihat.amin..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 1, 2012

Entry awal tahun 2012

Sudah 2012. Nothing special tho. No new year resolution. No celebration. Nothing. Ohh sebabkan hari ni cuti, mungkin boleh dikatakan hari malas pertama untuk tahun 2012. Tapi malas-malas pun dah buat kerja rumah semua. Hoho

The last 2 days of 2011, saya menghabiskan masa dengan menjadi tourist guide + driver. Penat yg amat tapi takpela niat nak tolong orang. Ada benda saya perasan pada orang2 yg saya bw masa 2 hari ni.walaupun mempunyai pendapatan yg nisbah matawang nya 2 kali ganda dari rakyat malaysia, tetapi definisi mereka pada benda yang mahal tu berbeda. Ok contoh macam nak beli baju batik siap berjahit, harga di kedai rm300 tetapi ckp mahal. Bila tanya upah menjahit di negara asal, boleh cecah sampai 300-500 dolar. Konpius gila.

Lain orang, lain ragam kan. Bawa pegi kedai biasa, ckp mahal eventho kualiti sama. Tapi bila benda yg sama butik jual lagi mahal, sanggup pulak beli.stay kat hotel harga bilik rm300 semalam pun kata mahal.padahal bg duit dia baru seratus dolar. Aish, nasiblah tak lama mengadap dorang ni. Kalau tak mesti dah malas nak layan.

Minta-minta pasni tak perlu lagi jadi supir segera..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone