em inilah masalahnya bila takde rival dalam bisnes. suka-suki naik harga. ada kementerian pun takleh nak kawal si astro ni. yang kena kesannya pengguna macam sayalah (again and again). jadi disebabkan saya macam menyampah dgn astro dan sebagai pengguna yang sebenarnya takde astro pun ok, tapi mengada nak masukkan astro sebab nak tengok Spongebob, Fairly OddParents, Phineas & Ferb, Glee, Bones, Law & Order, etc etc. kalaulah channel entertainment tu tak perlu subscribe family package, dah lama saya amik pakej yang saya nak je. oh, pakej sukan dah lama sy terminate, sejak naik harga yg dulu tu. sadis kan. anyway, sebagai tanda protes, saya berkira-kira untuk potong pakej ABO (channel 952 & 953) sebab movie dalam tu pun takdelah menarik sangat.
jadi, tadi saya telah call ke Astro General Line 1300-82-383. ok telefon ok cepat connected, dan pilihan untuk ckp dgn customer service tak berbelit-belit macam sistem digi. kejap je lepas tu talian saya disambungkan kepada customer service personnel.
Astro CS: " Hello, selamat petang. Boleh saya bantu?".
Saya: " Iye selamat petang. saya memang perlu bantuan. Kalau saya nak potong pakej astro saya macam mana ya?"
Astro CS: " Oh itu senang saje maa. Boleh saya dapatkan no akaun astro?"
Saya: " ok. no akaun saya ******** "
Astro CS:" Ok. bagi saya buka akaun dulu. Tunggu sebentar..."
lalalalalalala (lagu astro bukak taktau nak tulis lirik balik)
Astro CS: " ok saya dah buka akaun ni. boleh bg saya no IC untuk verification purpose?"
Saya: " ok no IC saya ************ "
Astro CS: " baiklah. pakej mana yang cik nak potong ya?"
Saya: " saya nak terminate pakej ABO. tu je"
Astro CS: " ok takde masalah. sila tunggu sementara saya potong pakej tersebut"
lalalalalalala
seminit..
dua minit..
tiga minit..
........
........
........
Astro CS: " oh maaf cik. cik tak boleh nak potong pakej tersebut sebab akaun cik masih terikat dengan kontrak selama 24 bulan. tarikh akhir kontrak cik adalah Januari 2012.."
Saya garu kepala. takkan dah lama guna tak cukup-cukup 2 tahun lagi?? Ni nak perbodohkan saya ke? well well well, terus saya jawab:
Saya: " Takkan tak cukup 2 tahun lagi. saya rasa dah lama saya guna astro ni. cuba u check bila tarikh saya subscribe astro ni? " suara sedikit tegas hokay.
Astro CS: " ok kejap ya...kalau saya tgk kat akaun ini, tarikh cik mula daftar astro adalah pada bulan Mei 2008, dan kontrak cik adalah selama 24 bulan........" *time ni suara CS tu dah macam termalu sendiri*
Saya: " THEN??? tak cukup lagi ke 2 tahun sampai sekarang ni?" *garang sikit*
Astro CS: " oh maaf cik. baiklah saya potong pakej ABO cik skrg. sila tunggu sekejap ya sementara saya potong"
6 minit kemudian..
Astro CS: " Baik cik. sekarang pakej ABO telah dipotong dari keseluruhan pakej cik. Untuk tetapan baru ni, akan mengambil masa selama 48 jam untuk pihak kami update sistem. Dan sebagai makluman, kami akan caj cik sebanyak RM10 kerana menukar pakej sedia ada."
Saya: " whattt??? terminate pakej pun astro nak caj? amboi amboi amboi kayalah astro camni"
Astro CS: " err memang macam tu cik. memang dah ditetapkan..."
Saya: " oklah papelah. janji awak potong pakej tu. kalau bulan depan masih masuk bil, saya buat aduan"
Astro CS: " baik cik. terima kasih menghubungi astro "
Saya: " ok sama-sama. bai"
oh tak saya tak melodramatik jadi saya tak hempas telefon. see nampak tak astro ni sebenarnya suka-suki je buat sistem. dahtu tak berupdate. then suka-suki jugak nak cakap yg saya masih under so-called kontrak diorang tu. vodo nye. nasib baik saya ni jenis tak terima je apa dia cakap, suruh dia check dan takde Alzheimer. kalau tak senang-senang kena tipu dengan alasan kontrak awak tak cukup 24 bulan lagi yaaa. eiii what the fish betullah. pasal caj rm10 tu untuk apa pun taktau. setakat nak delete pakej dalam sistem pun kena bayar. sungguh sungguh hebatlah Astro ni. huh tertindasnya rasa arini T________T