caranya adalah sangat super senang, iaitu dengan mengiklankan barang tersebut kat mudah dot com dot my. yeah jual barang lah kita. step step yang perlu dilakukan:
- bukak browser, taip mudah.com.my
- dah load webpage tu, pilih "click here to insert ad"
- then akan kuar page utk isi semua detail. tgk betul-betul dan isi betul-betul. kalau tak sure tang ayat iklan macam mana, leh tgk advertisement yang mmg dah ada. suaikan ikut selera dan keadaan.
- bila part utk letak gambar tu, letaklah gambar yang meyakinkan.
- pastu, bila ke next page, akan keluar preview iklan kita. kalau dah rasa cun, leh tekan publish. nanti admin mudah.com akan send satu link kat email kita, utk confirmkan yang ya kitalah yang isi iklan tu dan mahu ia disiarkan.
- kemudiannya, admin mudah.com.my akan menilai iklan kita tu mematuhi rules dorang tak utk disiarkan kat website tu, dan bila dah approved, bermulalah iklan tu terpampang selama 60 hari.
- ayat iklan tu kena terang dan nyata. takyah kias2. kita bukan jual pantun
- jual barang dengan jujur. maksudnya juallah barang yang mmg 100% elok lagi, yang mmg boleh guna. janganlah jual barang yg dah rosak, tapi claim dalam iklan lain. tak baik menipu
- barang yang senang dijual adalah barangan elektrik, gadget dan keluarga komputer.
- kalau barang tu masih ada warranty, nyatakan dalam iklan sebab tu lagi menarik perhatian
- letak harga reasonable.
- kalau iklan kita tiada org respon, mungkin ada silapnya. cuba edit iklan kita atau turunkan harga.
- respon secepat mungkin kepada serious buyer yang berminat. rekod peribadi saya, saya dapat jual barang saya tu dalam masa 2 jam lepas diiklankan.
- jangan jual benda bukan2 atau yang menyalahi agama atau undang-undang
- most buyers selalunya nak cash on delivery, maksudnya nak jumpa kamu, tgk barang ok ke tak, then baru bayar. so please be extra careful. buyers are strangers. jangan jumpa tempat yang sunyi. pegi jumpa buyers berteman. jangan jumpa tengah2 malam, dan sebagainya. percayala pada gerak hati. kalau rasa ragu2 nak jumpa buyer tu, jangan jumpa.
- pada yang menjual thru postage, hati-hati pada spam. jangan dedahkan maklumat akaun bank selagi tak pasti yang buyer tu mmg betul2 buyer.